Poligami ialah amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama.

Menurut ebook Mudahnya Poligami, banyak hikmah poligami tetapi telah ditutupi kebaikannya dengan pandangan buruk, dakyah atau tohmahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini menyebabkan mudahnya poligami menjadi sukar diterima masyarakat terutama di kalangan wanita.
burkalili3
Ilustrasi sahaja

Tetapi kita tidak boleh salahkan wanita sahaja apabila mereka menolak poligami. Ini kerana lelaki yang berpoligami juga ada potensi menjadi penyebab fitnah ke atas sistem poligami yang dibenarkan Islam ini apabila gagal menjalankannya dengan baik.

Sebenarnya, hikmah poligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Poligami juga adalah sebuah keterpaksaan untuk menghadapi permasalahan dan solusi dalam pelbagai masalah.

Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, pasti sudah tentu kehidupan sosial akan menjadi tunggang-langgang dan tidak beretika.

 

10 Hikmah Poligami Untuk Kemashlahatan Ummah

1. Mengelakkan zina dengan menggalakkan poligami supaya hubungan kelamin dilakukan secara sah, iaitu hubungan suami isteri.

2. Melindungi wanita yang tidak berkahwin daripada hidup dalam fitnah dan kebatilan.

3. Memberi peluang kepada suami yang mengahwini isteri yang telah disahkan mandul mendapatkan keturunan dengan memiliki anak yang sah taraf.

4. Membenarkan suami menjaga kebajikan dan keperluan isteri yang mengalami kecacatan seumur hidup meskipun telah berkahwin lain.

5. Mengasihi dan melindungi wanita daripada bencana dan penderitaan sebagai wanita simpanan dan alat pemuas nafsu bagi mereka yang kaya.

6. Menjamin kemaslahatan isteri yang telah meningkat usia dan melahirkan ramai anak dengan suami yang tinggal bersamanya dan masih menerima hak sebagai isteri selepas suaminya berkahwin lain.

7. Membantu lelaki yang memiliki kekuatan luar biasa sehingga tidak cukup seorang isteri terutama ketika ada halangan yang berbentuk syariat bagi wanita seperti haid dan nifas melakukan persetubuhan yang sah.

8. Membolehkan suami yang bekerja dan tinggal di luar negara mengahwini wanita di negara tersebut sekiranya sukar membawa keluarganya bersama bagi mengelakkan hubungan haram dan timbul masalah sosial.

9. Mengahwini ibu anak yatim dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim tersebut daripada kejahatan dan fitnah.

10. Menjadikan penceraian solusi terakhir apabila berdepan dengan masalah dalam rumah tangga seperti isteri mandul, sakit atau menopause.

Poligami bermanfaat untuk perempuan berbanding lelaki iaitu penghormatan bagi isteri apabila suaminya adil dan mampu memberi nafkah dan kemaslahatan bagi perempuan apabila perkahwinan dapat menjaga wanita dan haknya sebagai seorang isteri.

Manakala, bagi lelaki yang sedang berpoligami atau mahu berpoligami, pastikan diri anda mengamalkan poligami secara baik dan mengikut peraturan agama agar anda tidak menjadi punca penyebab pertentangan dan kutukan ke atas sistem poligami yang dibenarkan Islam ini.

Apabila kita mengikuti suatu hukum, maka ikutilah dalam semua aspek, bukan ambil suku atau sebahagian sahaja.

Mudahnya poligami ?

Sumber: Ebook Mudahnya Poligami dan buku Poligami: Kesenangan atau Kesengsaraan terbitan al-Hidayah

 

LIKE The Vocket di Facebook