Nota Editor:  Pada minggu lepas saya telah kongsikan 5 tip untuk travel selama seminggu di Tokyo dengan hanya RM300. Hari ni kita sambung dengan 10 lokasi yang mesti pergi untuk peminat anime. Saya percaya korang mesti suka punya lah. 10 lokasi ni telah dikongsikan oleh Facebook Page Sushi Travel – Trip Halal Jepun. Jom layan.

10 Tempat Wajib Lawat di Jepun bagi Peminat Anime

Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an. Semua mesti kenal dengan Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain. Sekiranya anda ke Jepun, jom lawat tempat-tempat berikut untuk bertemu dengan watak-watak kegemaran sewaktu ‘childhood‘ anda!

  1. Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki

cara-ke-lokasi-anime-jepun-1

Doraemon ada di sini! Muzium mengabadikan karya-karya terkenal Fujio F. Fujiko seperti Doraemon,Perman,Kiteretsu,dan lain-lain.

Anda pasti terasa nostalgia melihat dan bergambar dengan watak-watak kegemaran waktu kecil anda. Tiket boleh didapati di Loppo vending machine di Lawson convenience store.

2. J-World Tokyo, Ikebukuro

cara-ke-lokasi-anime-jepun-4

Bagi peminat Dragon Ball,Naruto, One Piece, Bleach, Gintama dan sebagainya, J-World Tokyo merupakan destinasi wajib.

Ianya merupakan taman tema kecil indoor yang terletak di dalam pusat membeli belah Sunshine City, Ikebukuro. Terdapat tarikan berupa mini game, pertunjukan hero dan maskot watak-watak popular untuk bergambar bersama.

3. Ghibli Musem, Mitaka

cara-ke-lokasi-anime-jepun-6

Merupakan salah satu muzium yang paling sukar untuk dilawati kerana had bilangan pengunjung yang sedikit setiap hari.

Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.

4. Gundam Statue, Odaiba

cara-ke-lokasi-anime-jepun-8

Bagi peminat Gundam pula, Odaiba merupakan destinasi wajib. Disini terletaknya tugu Gundam RX78-2 yang berskala 1:1.

Pada waktu malam, pertunjukan laser show yang memukau diadakan setiap hari pada pukul 7.30 p.m.

5. Pokemon Center Mega Tokyo,Ikebukuro

cara-ke-lokasi-anime-jepun-10

Disini terdapat pelbagai merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.

Akan tetapi kebanyakannya adalah Pokemon baru jadi kami pun kurang familiar akan Pokemon-pokemon yang agaknya dah mencapai seribu ekor jumlahnya.

Dulu 150 jer. Tu pun sampai sudah Ash tak dapat nak tangkap semua…hmmm..

6. Detective Conan Town,Hokuei, Tottori

cara-ke-lokasi-anime-jepun-7

Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama .Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk anda bergambar.

Jangan terkejut sekiranya terdengar suara pakcik Mouri menjerit ‘Awaklah pembunuhnya, encik Matsuzaka!’

7. Akihabara Electronic Town

cara-ke-lokasi-anime-jepun-13

Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.

8. Nakano Broadway

cara-ke-lokasi-anime-jepun-14

Satu lagi syurga bagi golongan Otaku. Nakano Broadway agak terpencil dan terletak berhampiran Shinjuku.Dikatakan terdapat lebih banyak barangan yang rare di Nakano Broadway berbanding Akihabara.

9. Tokyo One Piece Tower, Tokyo Tower

cara-ke-lokasi-anime-jepun-15

Merupakan taman tema indoor khas One Piece di Tokyo Tower, terdapat pertunjukan pentas yang dilakokan oleh ahli kumpulan Lanun Luffy, restoran Sanji, dan merchandise shop.

10. Otome Road, Ikebukuro

cara-ke-lokasi-anime-jepun-2

Sebuah kawasan di Ikebukuro yang terdapat banyak kedai menjual merchandise bagi peminat wanita. Butler Cafe juga terdapat di sini.

Travel di Tokyo memang perlukan bajet yang tinggi. Ini 5 Tip Travel Seminggu Di Tokyo, Jepun Dengan Bajet RM300

Selain daripada melawat lokasi anime, korang mungkin tak tau ada yang honeymoon dengan cara rare di Jepun seperti pasangan ni. Baca kisah bagaimana Pasangan Ini Pilih Gunung Fuji Di Jepun Sebagai Lokasi Bulan Madu Dengan Cara Berbeza.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram