Semua ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi orang yang berjaya tanpa sebarang masalah di dalam pelajaran, pergaulan, komunikasi, dan yang sewaktu dengannya.

Ini kerana ia satu sifat semula jadi ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mampu lakukan sesuatu yang hebat dan lebih baik daripada anak-anak orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi persoalannya adakah semua ibu bapa mampu melahirkan dan membesarkan anak-anak yang berjaya?

Berdasarkan kajian-kajian psikologi yang telah dilakukan, terdapat beberapa faktor berkaitan ibu bapa yang akan berjaya mendorong anak menjadi orang berjaya.

1. Ibu bapa tidak bercerai

Menurut kajian penyelidik dari University of Illinois, anak-anak yang perlu melalui konflik keluarga seperti perceraian ibu bapa akan menjadi anak-anak yang teruk berbanding anak-anak yang mempunyai hubungan yang baik dan bahagia dengan ibu bapa.

Profesor dan ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Komuniti di College of ACES (University of Illinois) mendapati anak-anak yang tidak alami konflik dua keluarga adalah lebih baik berbanding anak-anak yang mengalaminya. Konflik perceraian di antara ibu bapa akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak dan konflik selepas perceraian mempunyai pengaruh yang kuat untuk kanak-kanak lakukan penyesuaian.

Satu kajian menunjukkan pula, seorang bapa tanpa hak penjagaan anak yang selalu menghubungi anak-anaknya dan mempunyai konflik yang minima, prestasi anak-anak lebih baik. Tetapi apabila wujudnya konflik, kekerapan bapa melawat anak-anak pada waktu itu menyebabkan penyesuaian anak-anak menjadi kurang baik.

Satu lagi kajian mendapati orang yang berumur 20-an dan pernah mengalami perceraian ibu bapa semasa kanak-kanak menyatakan mereka masih berasa sakit dan susah atas perceraian tersebut selepas sepuluh tahun ia berlaku. Mereka cenderung mempunyai perasaan kehilangan dan penyesalan.

2. Ibu bapa berpendidikan tinggi.

Kajian ahli psikologi Sandra Tang dari University of Michigan pada 2014 mendapati ibu-ibu yang menamatkan sekolah tinggi atau kolej lebih cenderung untuk membesarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama.

Data dari tahun 1998 hingga 2007 melibatkan lebih 14,000 orang kanak-kanak menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu muda remaja (berumur 18 tahun ke bawah) berkemungkinan kurang menamatkan sekolah tinggi atau pergi ke kolej berbanding rakan-rakan mereka.

Dalam satu kajian (2009) ahli psikologi Eric Dubow dari Bowling Green State University di kawasan semi luar bandar New York yang melibatkan 856 orang mendapati:

“tahap pendidikan ibu bapa ketika kanak-kanak berusia 8 tahun memberi kesan signifikan yang ketara dalam meramalkan kejayaan pendidikan dan kerjaya kanak-kanak tersebut pada 40 tahun kemudian.”

Ini menunjukkan aspirasi ibu bapa turut menyumbangkan faktor kejayaan kepada anak-anak.

3. Ibu bapa berpendapatan tinggi.

Menurut penyelidik Sean Reardon dari Universiti Stanford, jurang pencapaian antara keluarga berpendapatan tinggi dan rendah “adalah lebih kurang 30% hingga 40% lebih besar di kalangan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2001 berbanding mereka yang dilahirkan 25 tahun sebelum itu.”

Penulis buku Drive, Dan Pink menyatakan status sosio-ekonomi adalah faktor yang mendorong pencapaian pendidikan dan prestasi. Pink turut menyatakan semakin tinggi pendapatan ibu bapa, semakin tinggi skor SAT anak-anak.

4. Ibu bapa mengajar anak-anak tentang matematik.

Anak-anak yang diajar matematik pada awal usia akan mempunyai kelebihan yang besar. Ia telah dibuktikan melalui kajian meta-analisis pada 2007 melibatkan 35,000 kanak-kanak tadika dari Amerika, Kanada dan England.

Penyelidik dan pengarang bersama, Greg Duncan dari Universiti Northwestern menyatakan:

“Kepentingan paling utama kemahiran matematik awal – pada permulaan sekolah kanak-kanak diberi ilmu tentang nombor, aturan nombor dan lain-lain konsep matematik – adalah salah satu teka-teki yang dirungkaikan di dalam kajian itu,”…”Penguasaan kemahiran matematik awal bukan sahaja meramalkan pencapaian matematik di masa hadapan, ia juga dapat meramalkan pencapaian membaca pada masa depan.”

5. Ibu bapa membenarkan anak-anak melakukan kerja rumah.

Anak-anak perlu diberi tanggungjawab di rumah dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Mereka juga perlu belajar memberi sumbangan untuk membuatkan sesuatu situasi atau perkara itu menjadi lebih baik.

Ia telah dinyatakan oleh Jean Lythcott-Haims, penulis buku “How to Raise an Adult” di TED Talks Live turut percaya anak-anak yang dibesarkan dengan melakukan kerja-kerja rumah akan menjadi seorang pekerja yang boleh memberi kerjasama dengan baik dengan rakan sekerja mereka, meningkatkan rasa empati kerana mereka tahu apa rasanya bergelut dengan tugasan dan mampu memikul tugas-tugas dengan baik secara bebas.

Lythcott-Haims bukan cakap-cakap sahaja, ia berdasarkan kajian yang pernah dijalankan di bawah Geran Kajian Harvard.

Dengan menjadikan mereka melakukan kerja-kerja seperti mengambil sampah, dan mencuci pakaian mereka sendiri akan membuatkan mereka sedar keperluan melakukan kerja-kerja sebegini bagi menjalani kehidupan seharian.

Anda boleh membaca 6 faktor lagi di Tech Insider, iaitu faktor ibu bekerja di luar rumah, ibu bapa mengajar kemahiran sosial kepada anak-anak, jangkaan ibu bapa terhadap anak-anak, ibu bapa membentuk hubungan dengan anak-anak, ibu bapa kurang tertekan, dan ibu bapa menilai usaha berbanding kegagalan anak-anak.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber