Syarikat Apple baru membeli VocalIQ, sebuah startup yang beroperasi di United Kingdom. VocalIQ mempunyai kepandaian bertutur sebagai pembantu virtual seolah-olah seperti Jarvis di dalam Iron Man.

Berikut adalah 5 sebab Apple membeli VocalIQ:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. VocalIQ mempunyai kepakaran membantu komputer membuat keputusan seperti manusia.

2. VocalIQ membantu komputer lebih memahami bahasa manusia.

3. VocalIQ mampu bertutur atau menghasilkan bunyi yang lebih asli.

4. Menambahbaik fungsi Siri untuk iPhone dalam menjawab soalan dan memberitahu arah.

5. Mungkin digunapakai untuk kereta Apple di masa depan kerana VocalIQ mempunyai aplikasi sistem kereta.

Pengambilalihan VocalIQ oleh Apple ini pasti akan mengembangkan teknologi artificial intelligence secara am dan menambah nilai di dalam produk-produk Apple secara khusus di masa depan .

Jurucakap Apple mengesahkan pembelian tersebut dan menyatakan ia adalah satu kebiasaan bagi Apple membeli syarikat teknologi kecil dari masa ke masa.

Tiada butiran yang jelas didedahkan tetapi kumpulan VocalIQ dijangkakan beroperasi di Cambridge, bukan di ibu pejabat Apple di Amerika.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber