Bertemu setiap hari dan bekerja bersama di pejabat kadang kala boleh membuahkan bibit-bibit cinta bagi lelaki dan wanita.

Terkadang bukanlah kerana paras rupa, tapi kerana karisma atau perwatakan si dia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Okey, jika anda rasakan 6 petanda berikut bertebaran di sekeliling anda, mungkinkah kini love is in the air?

cinta-pejabat-2

1. Si dia sering kali datang ke meja anda, cuba mencari sebab dan alasan untuk berbual dengan anda. Dia juga cuba untuk mencari topik yang boleh dibualkan bersama anda terutama di waktu rehat.

2. Si dia sering kantoi kerana anda berjaya tangkap dia yang sedang merenung anda. Mungkin anda rasa berdebar tapi diwaktu yang sama rasa seronok pun ada. Eh, kiranya anda tak bertepuk sebelah tangan lah.

3. Dia selalu minta pendapat anda untuk masalah kerjanya, padahal tidaklah besar mana pun masalah tu. Biasalah, dia kan sedang cari alasan untuk bersembang dengan anda sambil cuba dapatkan perhatian.

4. Sebolehnya mahu rehat dan lunch bersama. Belum lagi jika pejabat anda anjurkan majlis makan malam tahunan, acara lawatan tahunan dan kursus. Semuanya jika boleh mahu semeja dan satu kumpulan dengan anda.

Baca: 5 Perkara Remeh Yang Boleh Buat Lelaki Rindu Pada Wanita

Businessman on table --- Image by © Serge Kozak/Corbis

5. Sering memuji hasil kerja anda. Pendek kata semuanya betul lah. Tapi jika dia boss, mungkin anda tetap ‘kena’ bila buat salah, cuma intonasinya tidak lagi sekeras dulu.

6. Dah habis waktu pejabat dan dah balik ke rumah pun si dia masih cuba hubungi anda melalui whatsapp atau cara komunikasi lain. Mungkin hanya dengan menghantar emoticon atau sekadar gambar, tapi diwaktu yang sama memberikan bayangan bahawa si dia mengambil berat tentang anda.

Jadi bagaimana? Adakah tanda-tanda di atas sedang anda alami?

Atau jika anda jenis kurang ambil kesah, kemungkinan besar terpaksalah si dia gunakan rakan baik anda di pejabat untuk memberitahu niatnya.

Atau jika sudah banyak kali anda bagi ‘hint’  tapi masih juga si dia tak faham, salah satu cara paling mudah adalah share saja artikel ini padanya dengan ‘caption’  – tolonglah buka pintu hati mu.

Asalkan tak jatuh cinta pada suami atau isteri orang sudah lah. Haha!

Baca: 5 Petanda Lelaki Sangat Mahu Melamar Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram