Nota Editor: Penulisan ini disumbangkan oleh Puan Wan Noor Azura, dalam sebuah kumpulan fb keibubapaan. Semoga nasihat ini menjadi motivasi untuk kita terus kuat dalam mendidik anak-anak menjadi seorang penjaya untuk kehidupan dunia dan akhirat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nak kongsi pesanan daripada ibu mertua saya. Semalam keluarga suami saya datang berbuka puasa dan bermalam di rumah saya. Anak saya yang bongsu umur setahun 2 bulan langsung tak boleh letak.. nak berdukung je. Saya sibuk bantu ibu mertua di dapur, suami terpaksa dukung anak saya tu sampaikan nak pergi tandas pun dia meraung-raung. Dengan orang lain dia tak nak. Mungkin secara tak sengaja dan tanpa sedar suami saya seakan mengeluh sebab anak saya tu nak berkepit je. Ibu mertua saya tegur, katanya:

“Takpa.. la ni ja anak-anak nak merap (berkepit). Sementara depa kecil ni ja.. mai dah besaq (besar) semua macam hampa semua ni.. tinggai mama sorang-sorang kat rumah. Memang rindu serindu-rindunya tak tau nak kata. Layan la depa sementara depa nak manja dengan kita ni. Nanti dah besaq masing-masing manja dengan isteri atau suami dah. Tak heran dah kita ni..”

Terkesan di hati apabila dengar kata-kata ibu mertua saya tu. Kita sekarang kalau boleh nak anak-anak cepat besar kan. Sebab penat sangat jaga anak kecil-kecil ni sampai tiada masa untuk diri sendiri. Tapi kita tidak tahu bagaimana keadaannya bila anak-anak dah besar. Macam ibu mertua saya, sentiasa ternanti-nanti anak-anak balik kampung. Katanya bila teringat balik masa anak kecil-kecil rasa nak ulang semula saat-saat tu.. rindu sangat. Tu pengalaman daripada orang yang dah pernah melalui.

Kadang-kadang kita ni perlu teguran sebegini untuk buat kita sedar. Hargai masa “hingar-bingar” bersama anak-anak hari ini kerana kita pasti akan merinduinya satu hari nanti.

BACA: Perkongsian Seorang Ibu Yang Melahirkan 5 Orang Anak Huffaz Profesional (Bahagian 1)

BACA Lagi: Demi Anak Autisme, Ibu Ini Sanggup Menukar Cara Hidup

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram