Jualan di Domino’s Pizza naik sehingga 19% dalam tempoh tiga bulan sehingga September apabila dibandingkan dengan pencapaian tahun lepas (2014) pada tempoh yang sama.

Kredit: firstwefeast.com
Kredit: firstwefeast.com

Ini semua gara-gara Domino’s Pizza menggunakan internet untuk melajukan lagi jualannya. Laman web, aplikasi mobile dan Apple Watch digunakan sepenuhnya sambil menjual pizza di kaunter premis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasilnya, 3/4 jualan pizza adalah daripada pesanan melalui internet dan separuh daripadanya adalah melalui aplikasi mobil atau alat digital.

CEO Domino’s Pizza, David Wild menyatakan internet memudahkan pelanggan untuk memesan makanan dan itu membuatkan mereka memesan dengan lebih kerap.

Menurutnya lagi, kejayaan di UK ini adalah hasil daripada pelaburan yang mereka buat di dalam pasaran sebagai satu inisiatif e-dagang.

“Aplikasi kami telah dimuatturun lebih daripada 10 juta kali dan jualan melalui aplikasi kami telah melebihi jualan daripada desktop untuk pertama kalinya.” kata Wild.

Selain itu, sponsor program Hollyoaks selama 52 minggu setahun membantu jualan pizza walaupun di musim panas di mana orang lebih menyukai aktiviti BBQ berbanding memakan pizza.

Pesanan melalui telefon pula berterusan menurun dan kini 77% pesanan adalah melalui telefon mobil atau komputer berbanding tahun lepas hanya 35% pada tempoh yang sama.

Teknologi yang digunapakai oleh Domino’s Pizza ini membawakannya setapak ke hadapan berbanding para pesaing.

https://www.youtube.com/watch?v=p71nZtqH9to

Pada tahun lepas, mereka memperkenalkan sistem pengenalpastian suara seperti Siri untuk mengambil pesanan melalui aplikasi. Pada awal tahun ini pula mereka memperkenalkan pesanan melalui Pebble dan jam pintar Android.

Domino’s Pizza Malaysia pula pernah melancarkan aplikasi mobil pada 2013.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram