Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di facebook wall Mohd Faiz, seorang usahawan import dan jurulatih memborong dari China. Kaitan kisah ini dalam kehidupan dan hikmah bisnes di sebaliknya, membuat hati dan minda kami lebih terbuka tentang kepentingan kerja keras. Selamat membaca.


AYAH SAYA KEDEKUT!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

YA. Ayah saya sangat kedekut. Dari kecil sampailah besar, ayah takkan bagi duit semudah menyedut Slurpee 7e. Ayah akan suruh kami si anak-anak bekerja. Dari sekolah menengah kami diajar untuk berniaga.

Gambar menunjukkan antara kerja yang saya pernah lakukan. Tempat proses ayam ni kepunyaan ayah. Saya bekerja di sini setiap kali cuti sekolah sehinggalah saya masuk universiti.

Cuti semester pun saya kerja di sini. Masuk kerja pukul 4 pagi. Bermula dengan menyusun raga ayam. Bagi ayam-ayam itu “mandi”. Ayam kena sentiasa sejuk, kalau tak, mati nanti.

1 raga ada 8 ke 10 ekor ayam. Ikut saiz ayam hari tu. Kalau saiz besar 2kg lebih maka 1 raga dlm 8 9 ekor ja. Standard 10 ekor seraga.

Sehari kena sembelih lebih kurang 100 ke 150 ekor. Kalau musim perayaan permintaan naik sehingga 200 ekor sehari. Masa sembelih ayam dah jadi biasa bila ayam tu cirit, berak atas tangan. Haha.. eeee geli kan. Buat bodo ja mcm tak nampak.

Kena potong 4, potong 8, potong 16. Alhamdulillah bila akak-akak mai nak beli ayam,saya boleh tanya dulu nak buat masak apa jadi saya bagitau nak potong berapa.

Ingat lagi, kalau nak extra income,saya kena buka payung tepi jalan. Sehari boleh jual dalam 50 ekor.
Selebihnya hantar ke kantin dan dewan makan sekolah, atau ada tempahan kenduri kahwin.

Awal-awal jadi kuli malu gak beb, awek-awek lalu nak peewwiitt pun malu.. haha. Lama-lama biaq pi lah. “Aku nak cari rezeki bukan mintak duit depa”.

Sehari ayah akan bagi gaji RM25. Sebulan boleh la dapat 700 ke 800.

Saya dapat belajar selok-belok perniagaan ayam, naik turun harga, monopoli pasaran, kuasa pembekal, keuntungan dan risiko niaga ayam. Alhamdulillah, apa yang lebih penting, ILMU dan PENGALAMAN.

Selain kerja proses ayam selama 6 bulan, saya juga pernah kerja jadi KERANI (kerja palingggg boring nak mati). Kerja pam minyak petronas, kerja jual top-up..dan macam-macam lagi. Jadi kerani pun kat pejabat ayah. 3 orang makcik dan aku sorang laki. Hari-hari kerja menyicah jambu dengan pelam ja.

P/S:

1. Kepada yang nak berniaga, JANGAN TERLALU MEMILIH dan TAK PERNAH ADA CARA MUDAH untuk kita berjaya.

2. Cari pengalaman sebanyaknya. Tak semua bisnes kena pakai kemeja smart. Tokey ayam kenalan ayah saya semua pakai selipar jepun ja. Semua level jutawan.

3. Belajar dan terus belajar.

4. Jangan risau tentang mulut orang. Kita buat baik orang akan kata baik, buat jahat orang akan kata jahat. YA.. MULUT orang memang kita tak boleh tutup dari berkata-kata.

Sekarang ayah dah tak kedekut. Ayah dah jadi bisnes partner saya..haha. Dan 2015 kami nak buat big project di kampung.

Like page The Vocket di Facebook