Anda berminat bermain dengan aplikasi game di smartphone anda? Jika jawapan anda ‘YA’, sudah pasti anda mengenali aplikasi yang bernama ‘Pirate Kings’!

Tahukah anda bahawa terdapat 450,000 pengguna aktif setiap hari game ini di Malaysia dan 1,000,000 pengguna aktif seluruh dunia? Permainan ini dibangunkan syarikat yang bernama Jelly Button Games yang diasaskan oleh 5 orang yang sangat berpengalaman dalam bidang aplikasi game. Jika anda mencuba aplikasi game ini, pasti anda akan mula ‘terjebak’!

58

Bagaimana aplikasi ini ‘berjaya’ membuat pemain sangat ketagih dan berjaya mendapat 1,000,000 pemain aktif setiap hari? Berikut adalah taktik yang mereka gunakan agar anda terus suka bermain setiap hari!

1. Permainan yang sangat mudah hingga anda pejam mata pun boleh bermain. Dengan hanya menekan butang ‘spin’, anda sudah boleh bermain dan kumpulkan duit

2. Sifat manusia yang suka untuk membina sesuatu yang cantik dan hebat! Dalam kes ‘Pirate Kings’, anda akan cuba membina pulau dengan bangunan, arca serta bot yang lebih besar dan lebih cantik. Anda perlu sentiasa bermain game ini untuk kumpul duit untuk melakukan perkara tersebut

3. Jika anda tidak bermain, kemungkinan besar duit anda akan di ‘kebas’ oleh pemain yang lain. Malah, kemungkinan pulau anda juga akan diserang! Maka anda perlu kerap bermain!

4. Jika anda menghubungkan game ini dengan Facebook, anda boleh bermain dengan rakan-rakan Facebook anda. Ini bermakna anda boleh menyerang atau mencuri duit mereka. Jangan hanya fikir anda boleh menyerang mereka sahaja, anda juga boleh diserang oleh kenalan Facebook!

5. Bila duit dicuri dan pulau diserang, apakah tindakan anda? Pasti anda ingin menyerang balas atau mahu mencuri duit pemain lain juga. Dendam sudah membuak-buak!

6. Anda akan mendapat mata ganjaran jika anda bermain setiap hari. Jika tidak bermain keesokannya, duit anda tidak akan bertambah. Maka perlu bermain setiap hari!

7. Jika anda sudah berjaya ke ‘level’ yang lebih tinggi, anda boleh menjana lebih banyak duit untuk mencantikkan pulau anda atau ke ‘level’ seterusnya

Dan banyak lagi elemen yang secara semulajadi ‘memaksa’ anda bermain aplikasi ini setiap hari. Sangat bijak pembina aplikasi game ini membuatkan kita menjadi ketagih!

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menjadi ‘ketagih’ dengan ‘Pirate Kings’? Jangan risau, anda tidak keseorangan! Saya pun sudah mula bermain permainan ini setiap hari. Aduh…

https://www.youtube.com/watch?v=b6NsIw2y6Lg

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram