Nota Editor: Tutorial ini pasti banyak membantu terutama cikgu-cikgu yang perlu menyediakan sijil dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Tutorial ini disediakan oleh pemilik blog MariaFirdz. Dengan izin beliau, kami kongsikannya semula di Vocket untuk manfaat semua.

Memalam ini rajin pula nak buat tutorial. Ini lah kali pertama aku buat tutorial di blog ini. Bukan apa, leceh sikit. Tapi memandangkan info berguna elok kita kongsi bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tutorial yang berkaitan dengan kerja aku.

Baru-baru ini kena buat sijil, so aku teringat masa aku sekolah tingkatan 6 dulu, pernah buatkan sijil untuk Kelab Seni Khat yang aku join. Aku tolong ustaz aku buatkan. So, dengan skill yang ada, aku apply balik skill itu bila dah kerja.

Terima kasih kepada ustaz aku, sebab suruh aku buat, kalau tak mesti tercari-cari aku ilmu itu kan.

Jom kita tengok cara nak print sijil dengan mudah, tanpa perlu menukar nama setiap kali nak print. Kalau setakat 20 orang saja tak apalah kan. Kalau beratus orang pelajar, beribu larat nak tukar satu-satu??? Pening macam itu saja kejap lagi kan.

Jom tengok macam mana nak buat.

1. Mula-mula buka dulu format sijil yang nak dicetak dalam Microsoft Word (MS Word).

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

2. Kemudian buka Microsoft Excel (MS Excel) dan buat senarai nama pelajar yang siap di taip dengan kad pengenalan. Apabila dah siap, Save As di mana-mana. Contohnya My Document.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

3.Kemudian pergi ke MS Word semula, kemudian klik Mailing.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

4. Selepas klik itu, klik Step by Step Mailing Wizard.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

5. Selepas itu akan keluar di tepi belah kanan, wizard itu. Pertama sekali klik di Letters.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

6. Kemudian, klik Next: Starting Document.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

7. Kemudian, klik Use the Current Document.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

8. Kemudian, klik Next Select Recipient.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

9. Sila rujuk gambarajah di atas. Pertama klik, (1) Use an existing list dan (2) Browse.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

10. Apabila klik Browse, akan keluar macam ini. Pilihlah di mana anda simpan senarai nama pelajar yang dibuat di dalam MS Excel tadi.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

11. Apabila sudah pilih fail, tekan Open, akan keluar macam ini. Jadi, pilih sheet mana yang anda buat senarai nama itu tadi. Sudah pilih, tekan OK.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

12. Selepas tekan OK, akan keluar macam ini dan klik OK.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

13. Kemudian klik Next: Write your Letter.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

14. Ia akan keluar macam ini. Anda klik More Item, tapi sebelum itu highlight dulu tempat yang anda nak letak Nama atau Kad Pengenalan itu.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

15. Selepas dah klik More Item, ia akan keluar begini. Anda highlight tadi, nombor kad pengenalan kan. Jadi, pilihlah NO KAD PENGENALAN. Kemudian klik CLOSE.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

16. Kemudian, akan keluarlah begini. Klik Next: Complete the merge.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

17. Kemudian, bolehlah klik Print.

MariaFirdz.com
MariaFirdz.com

Haa.. Senangkan. Tak payahlah nak kena tukar atau taip nama setiap kali nak print.

Saya print ini, kejap sahaja. Boleh siapkan 50 helai sijil tak sampai 5 minit. Kejap je kan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber