Nota Editor: Kisah ini diceritakan oleh Puan Rafiza Idayu, seorang usahawan makanan melalui jenama Amazing Ayu Food. Semoga kisah ini menjadi pembangkit semangat untuk kita terus berusaha dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

kak-lina-01

KISAH KAK LINA

Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari.

Kak Lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu.

Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala lauk pauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri.

Rupa-rupanya, dia mengambil semua daripada kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker.

Siapa kata nak berniaga kena buat sendiri produk?

Adakah saya buat sendiri semua produk di kedai saya? Giant, Tesco, dan Aeon antara syarikat konglomerat yang kaya-raya dengan hanya menjual produk orang lain.

Kita yang baru nak mula bisnes, mula kecil-kecil dahulu. Impian biar besar. Nanti bisnes kita akan besar macam impian kita.

Puan guru pesan, kajian psikologi ke atas mereka yang berjaya adalah mereka yang memang kuat berangan dan kuat berusaha.

Amazing Ayu Food memang mempunyai hala tuju untuk memasarkan produk-produk usahawan dari seluruh negeri untuk pasaran di Lembah Klang dalam pelan jangka pendek.

Dalam pelan jangka panjang mestilah ke peringkat global. Itulah salah satu sebab anak-anak dimasukkan ke sekolah Cina. Teringat kata-kata orang lama, tuntutlah ilmu sampai ke negara China.

BACA: Wanita Ini Telah Buktikan Bahawa Bisnes Boleh Dimulakan Walau Tanpa Modal

BACA Lagi: Top 7 Nasi Lemak Di Lembah Klang Mengikut Pilihan Orang Ramai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram