Toca Boca berpusat di Stockholm, Sweden ini merupakan sebuah studio pembangunan permainan yang memfokuskan niche kanak-kanak. Aplikasi-aplikasi yang dibina bersifat mesra kanak-kanak dan boleh digunakan di tablet dan telefon pintar.

“Kami membuat permainan digital dan permainan yang boleh membantu merangsang imaginasi.” – laman web Toca Boca.

Baru-baru ini, anak syarikat Bonnier Media Group, Toca Boca telah berjaya mencapai 100 juta jumlah keseluruhan muat turun melalui 28 buah aplikasi ciptaan mereka, di 215 buah negara. Bagi meraikan pencapaian ini, syarikat telah mengeluarkan satu infografik yang menarik tentang perjalanan dan pencapaian Toca Boca.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Infografik Toca Boca

Kredit: Toca Boca
Kredit: Toca Boca

Kejayaan Toca Boca Dalam Industri Aplikasi Kanak-Kanak

Toca Boca berjaya mencapai kejayaan hari ini dalam tempoh empat tahun tanpa ada tawaran pelesenan setelah Toca Boca memposisikan syarikat untuk bersaing dengan jenama-jenama besar yang popular di kalangan kanak-kanak seperti Disney dan Nickelodeon.

Sebelum ini, Toca Boca telah mendedahkan hasil kewangan untuk 2014 dengan pendapatan sebanyak SEK 82.2 juta (bersamaan RM39.6 juta). Semua itu hasil jualan melalui aplikasi kanak-kanak Toca Boca tanpa ada pembelian dalam aplikasi atau pengiklanan pihak ketiga.

Kredit: Tocaboca.com
Kredit: Tocaboca.com

Selain itu, Toca Boca turut mempunyai kedai atas talian untuk menjual produk fizikal (seperti pakaian) dan digital (seperti video).

Cara Berjaya Seperti Toca Boca

Pasti ramai ingin tahu bagaimanakah Toca Boca boleh berjaya dalam masa empat tahun dan dapat bersaing dengan jenama-jenama besar.

1. Merekabentuk bersama kanak-kanak

Kredit: picssr.com
Kredit: picssr.com

Kenalpasti dan faham siapakah pelanggan/pengguna yang akan menggunakan/memerlukan produk/servis akan memudahkan proses rekabentuk aplikasi.

Di Toca Boca, kumpulan pereka akan mengumpulkan kanak-kanak dan melihat mereka bermain dengan rumah anak patung bagi mencari apakah yang menyebabkan kanak-kanak gembira sewaktu bermain permainan tersebut.

Apabila telah menjumpai faktor kegembiraan tersebut, pereka akan mula membentuk prototaip digital berkisar kepada idea tersebut. Kemudian, kanak-kanak diminta bermain dengan aplikasi sebagai sebahagian daripada proses pembentukan. Ia seperti sesi penguji dan pengkritik.

“Kanak-kanak boleh menjadi pengkritik yang cukup keras,” kata Jeffery, CEO. “Jika mereka tidak suka, mereka hanya akan meninggalkannya dan bermain dengan sesuatu yang lain. Ia adalah satu proses yang sangat merendahkan diri.”

2. Sikap Berkecuali Dalam Soal Jantina

Kredit: Tocaboca.com
Kredit: Tocaboca.com

Toca Boca memutuskan untuk bersikap berkecuali dalam soal jantina. Kanak-kanak yang bermain permainan tersebut yang akan menentukannya. Maka ia tidak sterotaip dan lebih mudah untuk dijual kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Ini bermakna, kanak-kanak bebas untuk bermain dengan robot atau kereta walaupun dia seorang kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki boleh bermain masak-masak juga.

3. Kawalan Kualiti

Kredit: WSJ.com
Kredit: WSJ.com

Toca Boca memastikan kualiti semua produknya adalah konsisten. Aplikasi pertama Toca Boca ditarik balik penjualannya walaupun masih berfungsi dengan baik dan disukai sesetengah kanak-kanak bagi menjaga kualiti.

Selain itu, aplikasi Toca Boca tidak mengenakan pengiklanan dalaman atau pembelian di dalam aplikasi kerana mahu mengurangkan kebimbangan ibubapa yang menjadi pembayar kepada aplikasi-aplikasi tersebut. Tindakan iklan dan perlu beli aplikasi tambahan adalah agak menjengkelkan bagi ibubapa.

4. Menolak Penggunaan Teks Yang Banyak

Kredit: Tocaboca
Kredit: Tocaboca

Toca Boca mudah diterima oleh kanak-kanak di 215 buah negara kerana menjalankan pendekatan bahasa yang mudah dan ringan. Ia juga sejajar dengan filosofi syarikat untuk menyediakan kanak-kanak ruang bermain.

Menurut Jeffery, mempunyai banyak teks adalah tidak baik untuk pengguna muda. Tanpa teks, kanak-kanak akan melakukannya mengikut apa yang mereka mahu lakukan sendiri.

“Apabila anda bertanya soalan kepada kanak-kanak dan dia mengambil masa yang agak lama untuk menjawab, orang dewasa akan terasa ingin mengisi apa jawapannya,” kata Jeffery. “Jika anda tidak berbuat demikian, maka anak-anak cenderung untuk melakukannya sendiri. Kami sengaja merancang untuk meninggalkan sedikit ruang. Ia memberi manfaat kepada kita dari segi tiada pengkhususan untuk mana-mana pasaran yang diberikan, tetapi ia juga membuatkan produk menjadi yang lebih baik.”

5. Pembinaan Jenama

Toca Boca tidak mempunyai lesen besar, atau dikenali. Ia dibina dengan karaektor tersendiri sejak awal. Maka, pasukan perekabentuk mencipta watak-watak permainan dalam setiap aplikasi dengan penekanan corak dan konsep. Mereka tidak mengubah suai mekanik permainan untuk menepati lesen dan kerana itulah ia menjadi satu proses rekabentuk produk yang sangat berbeza.

6. Perhalusi Peluang

Kredit: Tocaboca
Kredit: Tocaboca

Pada April 2015, Toca Boca telah membuat divisyen video digital dengan mengupah pembangun digital Sesame Street, J Milligan. Mereka mahu fokus kepada kanak-kanak yang sukakan skrin video sensitif-sentuhan dan interaktif. Ia seperti sebuah saluran ala Youtube khas untuk kanak-kanak.

Toca Boca akan mentransformasikan pengalaman aplikasi kepada pengalaman video dengan mengekalkan aktiviti interaktif untuk penonton muda.

“Kita ada peluang: apabila kita membinanya, kita akan ada platform pengedaran sendiri.” kata Jeffery kepada The Guardian apabila ditanyakan tentang kesungguhan Toca Boca untuk menyediakan alternatif Netflix dan Amazon kepada ibubapa dan kanak-kanak.

Toca Boca Untuk Dijual

Laman web Globes yang fokus kepada bisnes Israel telah melaporkan TabTale, sebuah startup Israel yang merangkap sebagai syarikat pesaing kepada Toca Boca mahu membeli Toca Boca bagi memacu pasaran sehingga menjadi antara yang teratas di dalam carta digital.

Ini susulan daripada tindakan Bonnier Media Group yang mengupah bank pelaburan Amerika untuk mencari pembeli Toca Boca. Perundingan masih dijalankan dan ia dikatakan bernilai antara US$60-120 juta (bersamaan RM270-540 juta).

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram