Ini adalah panduan bagaimana untuk memulakan sebuah startup. Penulisan ini adalah berdasarkan esei oleh Paul Graham, bekas programmer di Yahoo yang kini merupakan pengasas bersama Y Combinator, yang ditulis semula oleh laman web Funders and Founder. Ikuti penulisan menarik ini di bawah.

bagaimana untuk mulakan startup infografik

Mengikut Paul Graham, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membina sebuah startup:

1. Hidup pada masa akan datang

Kebanyakan dari kita hidup pada masa lalu atau masa kini. Adalah lebih mudah untuk menganalisis apa yang sudah berjaya dan memikirkan cara-cara untuk meniru kejayaan lalu. Berfikir dengan analogi. Ini adalah cara yang ok untuk berfikir, kecuali ini bukan cara untuk membuat satu startup yang besar.

Startup yang besar adalah berdasarkan kepada dua jenis idea – jelas (nampak berbeza) dan keras (memberi impak), seperti SpaceX oleh Elon Musk; dan tidak jelas (tidak nampak berbeza) dan keras (memberi impak), seperti Uber. Sekiranya startup itu tidak keras atau tidak memberi impak, fenomena ini dipanggil – “Schlep Blindness”.

SpaceX adalah idea yang jelas kerana satu-satunya syarikat lain yang boleh menghantar orang ke Marikh, NASA, tidak bercadang untuk berbuat demikian pada masa SpaceX bermula. Jadi ia adalah sesuatu yang jelas. Oleh kerana ia adalah jelas dan tidak ada orang lain yang melakukannya sebelum ini – andaian munasabah adalah dengan menganggapnya mustahil. Namun jika anda tinggal pada masa hadapan, ia menjadi jelas kepada anda bahawa manusia perlu pergi ke Marikh (atau planet lain) atau menghadapi risiko mengalami kepupusan. Lebih baik mencari jalan untuk meninggalkan bumi biru ini daripada mengalami kepupusan. Jadi perkara yang mustahil kini tidak lagi kelihatan begitu mustahil.

Dengan UberPool, ideanya adalah pada masa-masa tertentu terdapat dua orang dari lokasi yang sama mahu pergi ke destinasi yang sama, adalah merupakan idea yang tidak jelas. Ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga andaian. Adalah sukar kerana anda perlu mengumpul dan menyimpan beribu-ribu data tentang di mana orang benar-benar pergi dalam bandar. Data ini boleh didapati pada masa sekarang. Akan tetapi Uber sudah memikirkan penyelesaian ini sejak mereka menawarkan perjalanan pertama mereka pada tahun 2009. Mereka hidup pada masa akan datang.

2. Lihat apa yang tidak cukup dalam dunia ini

Anda mungkin perasan bahawa sebelum Uber, menaiki teksi adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Anda mungkin perasan bahawa sebelum SpaceX orang kurang berminat kepada dunia angkasa lepas. Tetapi itu adalah perkara lalu. Apa yang tidak cukup sekarang? Lebih penting lagi, apa yang tidak cukup dalam kehidupan anda sekarang?

3. Tulis!

Tidak kira bagaimana pintarnya anda, anda tidak akan mengingati semua pemikiran anda. Perbualan anda dengan orang lain, pemerhatian secara rawak, dan curahan idea yang bernilai untuk anda kerjakan. Tulis atau anda akan kehilangan idea-idea ini. Angan-angan ada nilainya. Malah Einstein memanggil proses ini – ‘eksperimen berfikir’.

4. Membuat prototaip

Kebanyakan buah fikiran anda walaupun terbaik, sedihnya mungkin tidak akan dizahirkan. Anda akan melupakan mereka walaupun sudah ditulis. Satu-satunya cara untuk menzahirkan buah fikiran anda adalah dengan membuat prototaip. Zahirkan bentuk fizikal mereka – aturcara, mereka bentuk, atau melakukan apa-apa sahaja yang membuatkan ia lebih daripada hanya sekadar idea. Kebanyakan orang akan berhenti pada proses berfikir. Jadi, jika anda melakukan prototaip, anda sudah berada di hadapan dari hanya angan-angan.

5. Menunjukkan prototaip anda kepada 100 orang

Sekarang anda perlu melangkah keluar dari zon selesa anda dan mencari orang yang akan mengkritik prototaip anda. Sebaik-baiknya, kumpulan ini terdiri dari orang yang anda sudah kenali dan orang yang anda tidak kenal langsung. Mengapa 100 orang? Kerana anda memerlukan perspektif yang luas untuk mengenal pasti corak daripada maklum balas yang anda terima.

6. Buat semula!

Walaupun ada orang yang berjaya membina prototaip dengan betul pada percubaan pertama, kemungkinan anda tidak. Jadi bersedia untuk membuat semula segala-galanya dari mula.

7. Cari pengasas bersama

Apabila prototaip mula memberi makna, pergi cari orang lain yang akan mencurahkan hidup mereka ke dalam projek ini kerana ia akan mengubah dunia dan mereka mungkin tidak mempunyai perkara yang lebih bermakna untuk dilakukan dalam hidup pada masa ini.

8. Daftarkan perniagaan anda

Bahagi ekuiti. Akhir sekali, satu langkah mudah. Dapatkan seorang setiausaha syarikat yang akan mendaftarkan syarikat anda. Beri pengasas bersama anda jumlah ekuiti yang akan membuat mereka bekerja paling kuat, manakala anda beri diri sendiri jumlah ekuiti sebanyak mana yang akan membuat anda bekerja paling kuat.

9. Mencari pembiayaan dan membina versi satu

Melainkan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membina versi satu, pergi mencari pelabur. Semasa anda mencari pelabur, bina versi satu. Anda perlu terus membina kerana tidak ada jaminan bila atau sama ada anda menjumpai pelabur. Jangan menganggap bahawa anda akan mendapat pelabur hanya kerana startup lain mendapat pelaburan. Andaikan yang terburuk, dan bina produk anda.

10. Pelancaran

Jika ada sedikit pun penambahan teras pada produk anda, lancarkan. Ciri-ciri tambahan, antara muka yang lebih baik, masa beban lebih cepat dan pengoptimuman lain mungkin tidak berguna, jika ciri-ciri teras produk anda tidak mempunyai kegunaan.

11. Susulan dengan pengguna

Adakah pengguna kembali menggunakan produk anda? Ketahui mengapa mereka tidak.

12. Pelancaran semula

Buat pelancaran seberapa banyak kali yang diperlukan. Pada satu ketika, jika beberapa orang pengguna datang kembali dengan sendiri, anda mungkin sudah membuat sesuatu yang berharga.

13. Dapatkan 1000 orang pengguna

Ini mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi 1000 pengguna pertama akan menunjukkan kelemahan apa yang telah dibina. Anda mungkin perlu menarik perhatian pengguna-pengguna ini secara manual. Apa maksud manual? Ambil komputer mereka dan buka laman web anda kepada mereka. Apa sahaja yang anda boleh buat.

14. Berkembang

Paul Graham menggalakkan startup berkembang sekurang-kurangnya 5 % seminggu. Jika anda berkembang sebanyak itu, dalam masa 4 tahun anda akan mendapat 25 juta pengguna. Dalam erti kata lain, anda akan menjadi salah satu startup terbesar.

15. Kejayaan – apa pun maknanya

Anda boleh IPO (apungkan di bursa saham), menjual syarikat atau menyimpan syarikat anda dengan meyakinkan para pelabur bahawa terdapat kecairan yang lebih besar akan berlaku pada masa akan datang. Ia boleh dilakukan, walaupun, anda mungkin atau mungkin tidak membuatkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik. Syarikat Webvan telah diapungkan di bursa saham, tetapi syarikat ini hilang dengan cepat. Fikirkan tentang apa kesan yang anda mahu tinggalkan dalam kehidupan ini dengan startup anda .

BACA: Bagaimana Founder GoPro Nicholas Woodman Menjadi Billionaire Daripada Idea Percutiannya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram