Nota Editor: Tip ke Iceland ini telah dikongsikan oleh Missz Nur di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat membantu anda yang sedang meracang untuk travel ke negara yang kaya dengan kecantikan alam semulajadi ini.

Bagaimana Untuk Terbang Murah Ke Iceland Dan Kos Perjalanan

Ini ialah 2 soalan yg semakin kerap masuk ke dalam inbox Facebook saya setelah meledaknya demam movie Dilwale.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejujurnya dengan ilmu dan pengalaman yang hanya secebis saya rasa amat kerdil untuk menjawab soalan-soalan mengenai negara yang kini menjadi impian ramai traveller untuk jejaki ini.

Ramai traveller lain telah berkongsi info di alam maya mengenai tips untuk ke sana dan saya yakin ramai yang semakin berkobar-kobar ingin pergi.

Apa yang saya dapat katakan, anda tak kan menyesal bila sampai ke sana dengan hamparan keindahan alam semulajadi yang sangat memukau. SubhanAllah indah sungguh ciptaanNYA.

Bagi yang telah inbox di PM saya bertanyakan mengenai 2 soalan favourite ini, saya telah berjanji untuk menjawab dua soalan ini untuk memudahkan anda merancang perjalanan dan kewangan.

Baca: HotelsCombined Dedah 7 Hotel Unik Dan Menarik Untuk Pemburu Aurora Borealis

tip-travel-ke-iceland-5

Kereta kami sepanjang di sana. Kos utk sewa Prado disini ialah RM 3,000 untuk 5 hari.

tip-travel-ke-iceland-12

View di Jokusarlon Glacier Lagoon, South Iceland.

tip-travel-ke-iceland-11

Lihatlah betapa kecilnya kereta berbanding banjaran yang berdiri gah.

tip-travel-ke-iceland-30

Foss a Sidu. Pemandangan yang sungguh luar biasa. Air terjun belakang rumah je.

Apa yang saya kongsikan hanyalah berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan yang telah ke sana pada October 2014.

Kami berlima tidak menggunakan mana-mana pakej pelancongan untuk semua trip kami. Perjalanan ini semuanya dirancang sendiri. Semoga anda beroleh manfaat dengan perkongsian ini.

1. Bagaimana untuk terbang murah ke Iceland

1. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat traveller, dari Malaysia tiada penerbangan terus untuk ke Iceland. Anda perlu terbang ke negara-negara di Eropah dan seterusnya mencari penerbangan yang menawarkan laluan ke Keflavik International Airport, Iceland.

2. Jika anda membuat carian semakan tiket contohnya melalui Skyscanner untuk Kuala-Lumpur – Keflavik, hasil carian akan menunjukkan harga kos penerbangan ke sana dengan menggunakan KLM ialah sekitar RM 3500 -RM4,000 untuk pergi dan balik.

Penerbangan dari Kuala Lumpur dengan mengggunakan KLM akan transit terlebih dahulu di Amsterdam dan seterusnya menggunakan IcelandAir ke Keflavik, Iceland.

tip-travel-ke-iceland-1

10 Jan 2014 beli tiket.Tarikh ni sebenarnya kami ke Mabul. Disebabkan risau terlepas tiket murah ni, kami tumpang office Seahorse Sipadan di Tawau.

Tumpang pinjam komputer diorang utk beli tiket sebelum kami ke naik boat ke pulau selama 3 hari. Gigih sungguh rasa masa tu.

Satu tip penting, jika anda menggunakan Qatar Airline, sila pilih transit yang lebih dari 7 jam. Anda boleh join FREE CITY TOUR 3 jam di Doha. Tak perlu bayar visa.

tip-travel-ke-iceland-10

Pemandangan menarik di Gulfoss Waterfalls.

tip-travel-ke-iceland-2

Ni total airfare RM 2,962

tip-travel-ke-iceland-17

tip-travel-ke-iceland-18

View menarik di Skogafoss

tip-travel-ke-iceland-19

Ini juga di Skogafoss

tip-travel-ke-iceland-28

Kepulan asap sepanjang perjalanan

tip-travel-ke-iceland-16

Ini merupakan kawasan pancutan air panas yang terbentuk sejak ribuan tahun dulu. Geyser strokkur ini memancutkan airnya yang sepanas 120 darjah setiap 5-10 minit dan ketinggian pancutan boleh mencecah 30 meter.

Di sekeliling geyser ini geyser-geyser kecil. Di sini anda akan melihat banyak kepulan-kepulan asap atau wap putih di sepanjang jalan.

3. Ramai kawan traveller yang bertanya berapa kos kami untuk ke Iceland dari Malaysia. Adakah kos tiket penerbangan mencecah RM4,000? Saya tak dapat jawab dengan tepat soalan itu sebab soalan spesifik yang ditanyakan ialah kos untuk ke Iceland.

4. Buat pengetahuan, kos tiket penerbangan saya dan kawan-kawan saya jauh lebih murah daripada itu.

Tiket kami hanya berjumlah RM 2,962 untuk pergi balik bagi penerbangan dari Malaysia untuk menjejaki 5 negara iaitu Qatar, Switzerland, Iceland, Scotland & The Netherlands.

5. Kami membeli tiket lebih kurang 9 bulan awal dan hari ini iaitu 10.1.2016 ialah genap 2 tahun tarikh kami membeli tiket ke Eropah untuk trip ini.

Mudah untuk saya ingat tarikh ini, sebab kami membeli tiket pada 10.1.2014 dan kami terbang pada 1.10.2014.

6. Trip ni selama 2 minggu iaitu dari 1-14.10.2014 dan misi utama kami ialah ke Iceland iaitu selama 6H5M untuk menjejak cahaya Aurora Borealis.

Pada awal tahun banyak promosi dari pelbagai airlines dan kami berjaya mendapatkan tiket Qatar Airlines dari KUL-Geneva-KUL dengan harga RM1,988 sahaja.

tip-travel-ke-iceland-4

Banyak pilihan destinasi untuk terbang murah ke Iceland

7. Untuk ke Iceland kami terbang melalui Basel, Switzerland ke Keflavik, Iceland dengan menggunakan Easyjet Switzerland dan tempoh penerbangan ialah kira-kira 4 jam. Harga tiket dari Swiss ke Iceland ialah CHF 90.53= RM 347.

8. Bagi penerbangan pulang pula kami memilih laluan Keflavík, Iceland – Edinburgh, Scotland iaitu kira-kira 2 jam penerbangan dengan harga tiket EU 46.72 = RM219 sahaja.

Oleh itu jumlah kos tiket penerbangan kami untuk masuk dan keluar dari Iceland ialah RM566.

9. Untuk terbang dengan kos murah saya cadangkan anda menggunakan low cost carrier Easyjet. Saya senaraikan juga antara low cost carrier lain yang turut menyediakan laluan ke Iceland untuk rujukan kawan-kawan traveller.

2. Berapa jumlah perbelanjaan Ground Cost

1. Ini lagi satu soalan favourite yang sering ditanyakan. Saya telah sediakan list yang terperinci kos kami disana. Ini ialah kos sebenar berdasarkan statement credit card.

Kos makan takde sangat, kami beli salmon dan sayur dan memasak sendiri di sana.

bajet-trip-iceland

Total cost RM2304 (ground cost RM1739 + Easyjet flight RM565)

2. Jumlah kasar bagi ground cost yang kami belanjakan bagi trip Iceland 6D5N ialah RM 1,739 seorang yang meliputi kos penginapan, kos sewa kereta Toyota Landcruiser Prado selama 5 hari, minyak dan Private Tour Superjeep Aurora.

3. Kami tidak menggunakan perkhimatan travel tour di sana selain untuk menjejak aurora pada malam terakhir.

Tempat yang kami jejaki ialah Golden Circle -Phingvelir National Park, Geysir , Gulfoss, Kerio, Seljalandfoss, Jokulsarlon Iceberg Lagoon dan Skogafoss.

4. Kos ini boleh dijimatkan lagi, terpulang dengan bagaimana cara anda travel.

Contohnya untuk menjejak aurora ada pilihan yang lebih murah iaitu dengan menggunakan bus tour.

Baca: 8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu

5. Kami memilih untuk menggunakan Private Tour menggunakan Super Jeep di mana kami dibawa naik ke banjaran gunung untuk menunggu aurora dan pada masa yang sama menikmati pemandangan bandar Reykjavik dari atas.

6. Untuk lebih jimat anda boleh cari sendiri cahaya aurora dengan kereta sewa anda. Terdapat pro dan kontra bergantung kepada pilihan masing-masing.

7. Selain itu pemilihan kereta sewa, menggunakan kereta sedan atau kompak adalah lebih murah dan juga tidak menjadi masalah jika anda bukan pergi ketika peak winter.

tip-travel-ke-iceland-13

Cahaya yang kami tunggu akhirnya memunculkan diri pada malam terakhir kami disini. Alhamdullilah. No words can describe perasaaan masa tu.

Kami naik ke puncak ini menggunakan Super Jeep. Private tour yang hanya membawa kami berlima sahaja. Kami dapat melihat keindahan bandar Reykjavik dari atas pergunungan.

tip-travel-ke-iceland-7

Perjalanan keluar dari bandar Reykjavik

tip-travel-ke-iceland-6

Harga diesel di Iceland. Iceland menggunakan matawang Iceland Kroner

tip-travel-ke-iceland-8

Pemandangan indah gunung ganang di sepanjang jalan di Reykjavík, Iceland.

tip-travel-ke-iceland-24

Kami bermalam di Cottage ini untuk semalam.

tip-travel-ke-iceland-25

tip-travel-ke-iceland-26

Salah satu kawah gunung berapi yang ada kat sini. Ini di Kerio Crater.

8. Kos minyak di Iceland berubah-berubah bagi setiap tempat. Untuk travel di Iceland SANGAT DISARANKAN UNTUK MEMANDU SENDIRI buat road trip.

Terpaksa guna huruf besar, nak bagitau betapa seronoknya menjelajah bumi Iceland tanpa terikat dengan mana-mana tour.

9. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana, dan pemanduan ialah disebelah kiri. Kami tidak menjelajlah satu pulau Iceland, kami hanya menjelajah dari Reykjavik hingga ke South Iceland sahaja. Bagi peminat Dilwale, pembikinan klip Gerua adalah di South Iceland.

Semoga info ini boleh membantu kawan-kawan traveller. Banyak yang nak dikongsikan tapi takut makin caca merba jadinya.

To those who can dream, there is no such place as far away.

Baca lagi: 10 Tip Travel Ke Lokasi Indah Dalam Filem Dilwale Di Iceland

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram