Kerap berpindah rumah selepas berkahwin hingga menyebabkan perabot mereka rosak sewaktu berpindah randah mendorong pasangan Puan Ibah Abdullah dan suaminya membeli rumah sendiri.

Menurut Puan Ibah sejak berkahwin pada tahun 2009, mereka telah berpindah rumah sebanyak 4 kali sehingga akhirnya beliau dan suami memiliki rumah idaman pada tahun 2013.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan pada tahun 2014, pasangan ini berpindah ke rumah mereka sendiri. Ini memberi peluang kepada Puan Ibah untuk meneruskan minatnya terhadap seni hiasan dalaman yang telah lama menjadi hobi beliau.

Ikuti bagaimana Puan Ibah menggunakan sentuhan dan kreativiti beliau untuk  menghias rumah idaman mereka ini.

1. Dekorasi rumah mereka dilakukan secara berperingkat.

dekorasi-rumah-19

2.  Kesemua barang dibeli sedikit demi sedikit sedari awal selepas mereka membeli rumah sehingga sekarang. Di bawah adalah gambar sewaktu proses mengecat beberapa ruang di dalam rumah pasangan ini.

dekorasi-rumah-20

3. Idea dekorasi kebanyakkan adalah hasil dari perbincangan bersama antara Puan Ibah dan suami.

dekorasi-rumah-21

4.  Malahan suaminya juga sentiasa menemani Puan Ibah semasa membeli belah.

dekorasi-rumah-23

5. Nampak kreatif walaupun belum siap sepenuhnya.

dekorasi-rumah-22

6. Puan Ibah dan suami mula menginap di rumah ini pada tahun 2014. Jadi sehingga kini masa yang diambil bagi menghias seluruh rumah adalah hampir 3 tahun. Dan inilah hasilnya. Taraaaa!

dekorasi-rumah-1

7. Gempak dekorasi rumah kau Ibah. Mak pun nak buat macam gini jugak lah. Haha!

dekorasi-rumah-2

8. Kebanyakan barangan hiasan beli di Ikea dan Kaison.

dekorasi-rumah-3

9. Selain daripada itu, Puan Ibah juga membeli barangan terpakai Ikea daripada ruangan AS IS di Ikea atau melalui carian di mudah.my untuk menjimatkan kos.

Baca: Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah

dekorasi-rumah-4

10. Semua dekorasi dilakukan oleh Puan Ibah dengan bantuan suami. Meskipun hiasan dalaman bukanlah hobi suaminya,  tapi suami beliau yang bernama Syafiq ini seorang yang sangat supportive.

dekorasi-rumah-5

11. Apatah lagi bila kebanyakkan barangan Ikea memerlukan pemasangan sendiri.

dekorasi-rumah-6

12. Jadi suami beliau akan membantu dari segi proses pemasangan perabot yang rumit. Begitu juga dengan aktiviti mengecat dan drilling.

dekorasi-rumah-7

13. Berkenaan rujukan dekorasi pulan, menurut Puan Ibah rujukan utama beliau terutama bagi hiasan dalaman adalah daripada majalah, internet dan juga katalog Ikea.

dekorasi-rumah-8

14. Malahan kerana hobi ini juga, ia mendorong Puan Ibah mengambil inisiatif mewujudkan group FB Kelab Dekorasi IKEA Malaysia untuk berkongsia idea bersama peminat barangan Ikea.

dekorasi-rumah-9

15. Faktor kekurangan sumber rujukan dekorasi IKEA di Malaysia juga menjadi faktor mendorong beliau menubuhkan kelab ini.

dekorasi-rumah-10

16. Selain daripada itu, Puan Ibah juga merupakan admin bagi FB group IKEA AS IS & PRELOVED ITEM  yang diwujudkan bagi memudahkan peminat dekorasi mendapatkan barangan Ikea terpakai.

dekorasi-rumah-11

17. Selain daripada hobi dekorasi,  Puan Ibah dan suami juga gemar travel. Jadi bajet mereka perlulah diseimbangkan antara 2 hobi ini.

dekorasi-rumah-12

18. Kini rumah teres yang terletak di Bandar Country Homes Rawang ini telah dihias indah mengikut selera pasangan ini.

dekorasi-rumah-13

19. Keluasan rumah adalah 20″ x 65″ dan memiliki 4 bilik tifur, 4 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur basah, dapur kering dan 2 bilik stor.

dekorasi-rumah-14

20. Salah satu daripada bilik stor juga telah dijadikan bilik laundry.

dekorasi-rumah-15

21. Ini gambar di bahagian wet kitchen. Serius cantik!

dekorasi-rumah-16

22. Nampak nota yang ditulis? Ia adalah untuk rujukan bagi anda yang berminat dengan gaya dekorasi dan juga barangan Ikea yang digunakan.

dekorasi-rumah-18

23. Kerana terlalu kerap browse website dan berkunjung ke gudang IKEA, Puan Ibah turut mengambil peluang ini dengan menyediakan khidmat IKEA personal shopper  sebagai pendapatan sampinganbeliau.

dekorasi-rumah-17

Dengan ini beliau telah membantu peminat barangan Ikea yang tinggal jauh dan sukar untuk berkunjung ke IKEA. Perkhidmatan beliau juga turut memudahkan wanita yang sedang sarat hamil dan mereka yang mempunyai kekangan masa dan tinggal jauh daripada mana-mana Ikea yang terdapat di negara ini.

Memang berbaloi penantian 3 tahun pasangan ini menghias rumah mereka secara berdikit dan beransur-ansur.

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di team editorial Vocket atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Idea Hias Sendiri Bilik ‘Laundry’ Dengan Bajet Bawah RM500