Nota Editor: Kisah ini ditulis oleh Tuan Rosmadi Shakri dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Kejujuran sebegini telah lama hilang dan apabila ianya timbul kembali ia menjadi satu kisah yang sukar untuk dilupakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Duit Dalam Helmet: Tanda Hamba Yg Baik

Pagi ini memberikan saya satu pengalaman yg baru. Ia membuktikan bahawa, masih ada manusia, hamba Allah yg berjiwa mulia, amanah dan hamba yg taat.

Pagi ini saya bersarapan di Kupang setelah lama tidak ke sini. Setelah menghabiskan nasi berlauk, saya di sapa oleh Brader S, yg sememangnya saya memang kenal dari dulu.

Dengan raut wajah yg kesal, dia berkali-kali meminta maaf kepada saya. Katanya dah bertahun dia cuba cari peluang utk mintak maaf, namun tidak berkesempatan.

Dia membuka cerita, tentang kisah ‘Bat Ping Pong’ saya yang telah hilang hampir 10 tahun yg lepas. Katanya, dia tersalah ambil dan tidak sedar itu kepunyaan saya. Saya sendiri, memang sudah lama melupakan kisah Bat Ping Pong yang hilang itu, dan anggap itu bukan rezeki saya.

Hari ini, Brader S datang memohon maaf daripada saya. Maafkan dia sebab dia kata itu salah dia. Terdetik pulak rasa betapa Brader S ini sanggup mintak maaf, mengaku salah dan rupanya dia antara manusia, hamba Allah yg masih lagi boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat baik.

Saya memang sudah lama melupakan perkara itu, dan saya dah halalkan. Bersungguh Brader S meminta maaf. Saya pulak rasa kagum dengan keikhlasan dia meminta maaf.

Sebelum dia beredar, tak semena-mena dia masukkan duit dalam helmet motor saya sebagai tanda minta maaf. Katanya, kalau saya tidak terima, dia tidak akan hidup tenang. Dia berlalu dgn meninggalkan RM200.

Saya pulak jadi malu.. terkedu.

Ya Allah, permudahkanlah urusan Brader S dan semoga beliau terus menjadi seorang yang sebaik ini dan bertambah baik.

Amin.

BACA: Seram Lihat Duit RM1,000 Pada Wiper Kereta

BACA Lagi: Sebelum Terasa Hati Dengan Emak, Cuba Ingat Cerita Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram