Pada awal tahun ini Indonesia gempar dengan sekeping gambar yang memaparkan seorang wanita berhijab makan di gerai yang menjual makanan berasaskan babi di Mangga Dua Mall, Jakarta Barat. Terpampang jelas perkataan yang membawa maksud babi di papan tanda kedai tetapi ia adalah perkataan yang tidak biasa didengari oleh sesetengah kaum yang lain. Nama gerai itu ialah Siomay Cu-Nyuk.

Kredit: www.chefbyaccident.com
Kredit: www.chefbyaccident.com

Maka, sekeping gambar itu telah membuatkan netizen berang dan mendakwa penjual tidak bertanggungjawab apabila sengaja tidak memaklumkan kepada pelanggan yang tidak sepatutnya berada di gerai tersebut kerana faktor pemakanan mengikut agama. Susulan kejadian itu, pekedai ditemubual dan memaklumkan dia telah memberitahu kepada pelanggan yang mempunyai ciri-ciri Muslim tidak boleh membeli produk makanannya kerana mengandungi babi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Kredit: www.suara-islam.com/
Kredit: www.suara-islam.com/

Pekedai itu turut menjual produk berasaskan daging lembu dan ayam berikutan gerainya sering ditanya oleh orang Muslim yang lalu di gerainya. Hakikatnya, ia masih dikira tidak halal kerana ada berkemungkinan berlaku pencemaran silang. Ramai yang menganggap punca perkataan di papan tanda nama gerai yang tidak jelas membawa maksud babi itu yang telah mendorong mereka yang tidak sepatutnya berada di gerai tersebut. Ini kerana mereka tidak memahami perkataan ‘cu-nyuk’ itu adalah babi.

Maka, adalah penting untuk mengetahui perkataan-perkataan lain yang membawa maksud babi di Indonesia. Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membeli makanan terutama di tempat yang majoritinya bukan orang Islam bagi mengelakkan perkara yang seumpama ini berlaku.

Ada beberapa istilah yang berkaitan dengan babi yang harus kita ketahui. ‘Cu nyuk’ disebut-sebut dapat ditemui di daerah Mangga Dua, Jakarta (siomay) dan di kawasan Bumi Serpong Damai (BSD), Tangerang (cu nyuk moi, bubur babi). Perkataan-perkataan ini diperolehi dari blog Indonesia, Kompasiana, Detik dan Chef By Accident. Diantaranya adalah:

  • Pig: babi, khususnya babi muda dengan berat kurang dari 50 kg
  • Pork: daging babi
  • Swine: istilah untuk seluruh spesies babi
  • Hog: babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg
  • Boar: babi liar, babi hutan, atau celeng
  • Lard: lemak babi, biasa digunakan sebagai minyak untuk masakan atau kuih serta bahan sabun
  • Bacon: daging haiwan yang diasapi, terutama babi
  • Ham: daging peha babi
  • Sow: babi betina dewasa (jarang digunakan)
  • Sow milk: susu babi
  • Porcine: sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi
  • Bak: Daging babi dalam Bahasa Tiongkok. Misalnya bak kut teh dan bakkwa. Hati-hati, bakso dan bakpao pun biasa menggunakan daging babi.
  • Char siu, chashu, cha siu, char siew: Hidangan Kanton berupa daging BBQ.
  • Cu nyuk: Daging babi dalam Bahasa Khek/Hakka. Istilah ini digunakan dalam siomay dan bubur.
  • Rou: Babi dalam Bahasa Mandarin. Misalnya hongshao rou, rou jia mo, tuotuorou, yuxiangrousi.
  • Dwaeji: Daging babi dalam Bahasa Korea. Biasanya istilah ini digunakan sebagai varianbulgogi dan galbi.
  • Tonkatsu: Hidangan Jepun berupa ​irisan ​daging babi ​yang di​goreng ​dengan lapisan tepung panir​.
  • Tonkotsu: Hidangan Jepun berupa ramenberkuah putih keruh, terbuat dari tulang, lemak, dan kolagen babi yang direbus berjam-jam.
  • Butaniku: Sebutan untuk daging babi dalam bahasa Jepun.
  • Yakibuta: Hidangan Jepun mirip char siu, biasanya untuk topping ramen.
  • Nibuta: Hidangan babi berupa pundak babi yang dimasak perlahan dengan sedikit kuah.
  • B2: Sebutan untuk makanan berbahan daging babi di daerah Batak dan Yogyakarta.
  • Khinzir: Babi dalam Bahasa Arab dan Melayu
  • Mu, Nyuk/Yuk, Curou, Cha: Babi

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram