Rahsia yang tersimpan rapi pada abad ke 21 ini akhirnya terbongkar jua. 3 syarikat korporat – Hershey, Nestle dan Mars merupakan pengeluar coklat utama dunia, dan 60% daripada pengeluaran ini adalah daripada Afrika Barat.

Pada tahun 2000, melalui satu pendedahan dikatakan bahawa buruh kanak-kanak telah digunakan untuk kerja-kerja menanam dan menuai koko tanpa menerima sebarang upah.

Mereka juga terpaksa hidup dalam sistem perhambaan. Dikurung, kekurangan zat, dipaksa panjat ke atas bumbung untuk ke bilik air dan adakala hanya boleh buang air di dalam cawan.

Golongan kanak-kanak juga telah dijual pada kadar harga $30 atau diculik meskipun di fikiran kanak-kanak ini menyangkakan mereka akan diberikan kerja dan akan menerima upah.

hamba-kanak-kanak-2

Undang-undang dan peraturan yang longgar menyebabkan tiada pihak berkuasa mahupun badan kerajaan yang mahu masuk campur dan menghentikan kekejaman ini.

Perhambaan kanak-kanak merupakan cara mudah bagi 3 syarikat ini mendapatkan kos buruh yang murah agar mereka dapat menjual coklat dengan harga yang lebih rendah. Jika tidak masakan sekeping coklat bar boleh dijual dengan harga $1 saja.

Informasi ini telah didedahkan di dalam dokumentari bertajuk Slavery: A Global Investigation yang boleh di tonton dalam video di bawah.

Gambaran ngeri perhambaan terlihat jelas apabila kanak-kanak disebat di bahagian belakang badan mereka serta ketakutan yang tergambar di wajah kerana dipukul berbulan-bulan.

Hershey senior vice president – Robert M. Reese cuba mengelak apabila ditanya oleh wartawan Philadelphia Inquirer – Bob Fernandez tentang perkara ini sambil berkata tiada yang pernah mendengar kisah sebegini.

Hakikatnya perhambaaan memang berlaku dan ia adalah seperti yang digambarkan di dalam dokumentari tersebut.

Undang-undang di US kemudiannya digubal yang mana FDA mengarahkan agar label “slave free” di letakkan di setiap pembungkus coklat seperti mana yang telah dipraktiskan ke atas label produk organik.

Rang undang-undang ini dengan segera mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan dibawa ke Senat. Tetapi 3 syarikat pengeluar coklat ini masuk campur dan berjanji akan mengawal selia isu ini dan menghentikan perhambaan kanak-kanak pada tahun 2005.

Tapi kemudiannya ternyata tidak banyak perubahan yang telah dilakukan. Janji hanya tinggal janji dan sehingga kini pada tahun 2015 lebih ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa perhambaan di dalam industri pengeluaran coklat.

Malahan 1.4 juta kanak-kanak kini sedang memikul bakul besar di belakang mereka, dipukul dan di paksa bekerja dari awal pagi sehingga lewat petang. Peratusan perhambaan juga telah meningkat sebanyak 51% berbanding pada tahun 2001.

hamba-kanak-kanak-1

Kini terbukti Hershey, Nestle dan Mars tidak mempunyai cara bagi menangani isu ini. Penduduk California telah memfailkan saman meminta 3 syarikat ini membayar ganti rugi kerana menyebabkan mereka tanpa sedar menyokong  perhambaan dan pemerdagangan  kanak-kanak sewaktu membeli coklat yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Mereka juga mahu label baru diletakkan di setiap pembalut coklat menunjukkan produk coklat yang dikeluarkan telah dibuat dengan menggunakan buruh kanak-kanak.

“Konglomerat pengeluar coklat Amerika tidak seharusnya bertolak ansur dengan penggunaan buruh kanak-kanak, apatah lagi memperhambakan kanak-kanak dalam mana-mana rantaian bekalan mereka.

Syarikat ini tidak boleh hanya menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia terutama apabila secara konsisten mereka menyatakan rasa tanggungjawab terhadap etika sosial.”

Baca lagi: Nescafé Anggap Laman Webnya ‘Mati’ Dan Pindah Ke Tumblr

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram