GoDaddy, sebuah syarikat penyedia teknologi terbesar di dunia yang khusus untuk perniagaan kecil telah membuka secara rasmi ibu pejabat GoDaddy Global Technology Center pada 7 Oktober 2014 di Tempe, Arizona, Amerika Syarikat. Fasiliti baru ini boleh menampung lebih dari 1,100 orang, termasuk jurutera, pembangun laman dan staf korporat bersama konsultan bisnes.

CEO GoDaddy Blake Irving menyatakan:

“This is a killer facility. It embodies our GoDaddy spirit which is energetic, innovative and passionate. It also supports our company culture and values to be extraordinary, own outcomes and join forces […] We are here to help our customers succeed and it all starts at our core, with our own employees. This environment is collaborative, fun, open and stimulating – exactly what fuels creativity for our customers, helps us attract top-tier talent and gives us a competitive advantage.”

Dengan keluasan 150,000 persegi dan bangunan 2 tingkat ini telah memuatkan kemudahan yang mesra buat pekerja GoDaddy. Antaranya ialah kawasan kecergasan, bilik loker, bilik yoga, pusat game, ruangan panjat dinding dlaaman, trek go-kart, stesen bertenang, basikal, gelanggang bola keranjang dan bola tampar di luar, dan padang bola sepak.

GoDaddy, sebuah syarikat yang dimulakan dengan idea mudah ini berkembang pesat sehingga bernilai billion dolar di peringkat global adalah contoh startup yang baik. Misi GoDaddy yang mengalihkan ekonomi global terhadap bisnes kecil dengan menguasakan orang ramai dengan pemikiran mudah dimulakan sesuatu bisnes itu telah berkhidmat kepada lebih 12 juta pelanggan di seluruh dunia. GoDaddy kini menawarkan produk dan sokongan di 42 pasaran, 44 mata wang dan 17 bahasa.

Maka, mari lihat ibu pejabat terbaru GoDaddy yang mengabungkan bisnes dan keseronokan yang membawa tema inovasi, kreativiti dan kerjasama yang menggalakkan ‘think big’ dan bergerak ke hadapan.

Oh ya! Jika anda masih belum ada pejabat sehebat ini, apa kata anda dekorasi bilik kerja anda dengan workstation yang menarik ini sebagai satu inspirasi dan dorongan dalam memiliki ‘awesome workplace’ di masa depan kelak: Workstation Mudah Alih Gaya Minimalis Dan Futuristik

Atrium

Break Room

godaddy break room

Driving Force

Baca: 5 Ruang Kerja Yang Hebat Di Malaysia
Baca: 5 Lagi Dekorasi Pejabat Yang Mengagumkan Di Malaysia

Gimnasium

Dapur

Ruang Pejabat

Sitting and Gaming Area

Baca: Pejabat Baru Stesen TV BBC Di UK
Baca: Pejabat Baru Facebook Dibuka

Papan Gelungsur

godaddy slide 2

Gelanggang Bola Keranjang

godaddy basketball court

Bulatan

Minat dengan dekorasi seindah ini? Ini ada 10 lagi ibu pejabat teknologi yang memiliki dekorasi yang mengagumkan sehingga buat anda mahu bekerja disitu: 10 Ibu Pejabat Syarikat Teknologi Yang Awesome

Sumber: AdWeek, GoDaddy, AZCentral

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram