Agoda.com, laman web popular untuk tempahan hotel telah mendedahkan hasil kajian mereka berkenaan masa terbaik untuk menempah hotel selepas menggunakan data tempahan daripada berjuta pelanggan yang menggunakan Agoda.com pada 2014.

Kajian ini merangkumi analisa harga hotel di 25 destinasi paling popular di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Masa paling murah untuk tempah hotel ialah pada awal tahun terutama dua minggu pertama bulan Januari.

2. Masa paling mahal untuk tempah hotel dan patut dielakkan ialah pada bulan September dan Oktober.

3. Pertengahan bulan Mac adalah masa terbaik untuk melawat benua Eropah kerana kadar harga bilik hotel di Paris, Berlin, Rome, Amsterdam, Barcelona, Stockholm dan London adalah 20% lebih murah berbanding kadar purata.

4. Bulan Julai adalah musim sibuk (high season) di kebanyakan destinasi, tetapi Sydney dan New York menawarkan harga hotel yang lebih rendah berbanding kadar purata pada bulan tersebut.

5. Bulan Disember juga adalah musim sibuk, tetapi ia adalah masa yang terbaik untuk melawat Stockholm.

Kredit:  Koh Samui Four Season Resort
Kredit: Resort Four Season Koh Samui, Thailand

Benar-benar murah dan menjimatkan ke?

Ya, menjimatkan sekiranya anda merasakan diskaun sebanyak 49% daripada harga purata bilik hotel itu adalah berbaloi apabila anda melawat Barcelona pada bulan Januari.

Ya, menjimatkan sekiranya anda dapat diskaun 23% daripada harga purata bilik hotel apabila melawat Istanbul, Turki di antara bulan November hingga Februari.

Tapi, sekiranya anda mahu melancong di sekitar Asia, tidak banyak tawaran diskaun atau harga lebih rendah berbanding purata kerana Asia adalah destinasi paling popular yang konsisten menerima pelancong sepanjang tahun.

Diskaun ada untuk hotel di sekitar Asia tapi tawarannya tidak dramatik seperti benua-benua lain. Bulan terbaik untuk Asia untuk diskaun terbesar yang ditawarkan ialah pada bulan Mei atau Jun, diskaun sekitar 11%.

Data-data yang disediakan oleh Agoda.com ini penting untuk anda merancang tarikh dan tempat melancong sambil berjimat.

Baca: 7 Sebab Kenapa Ipoh Adalah Destinasi Percutian Paling Hipster Di Malaysia
Baca: 4 Resort Percutian Ini Bakal Mengubah Persepsi Anda Terhadap Seremban Sebagai Destinasi Pelancongan
Baca: 10 Fakta Menarik Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram