Segolongan kecil orang yang mempunyai keperluan unik berbanding orang lain biasanya sukar untuk menemui produk yang sesuai dengannya. Oleh kerana bilangannya kecil, keperluan golongan seperti ini diabaikan dan mereka perlu adaptasi dengan produk tersebut.

Berbeza pula bagi produk Facebook. Walaupun golongan kecil itu bersamaan dengan 1% daripada keseluruhan penggunanya, ia tetap memberi nilai kuantiti yang besar iaitu mencecah jutaan orang ramai. Maka, sekiranya 1% ini mengalami pengalaman buruk dengan produk Facebook, itu bermakna masalah besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh sebab itu, tidak kira betapa kecil kes terpencil, pasukan Facebook perlu mengatasi dan mengubahnya menjadi satu pengalaman yang positif selagi mereka mampu berusaha ke arah itu.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan rekabentuk Facebook adalah:

1. Berusaha beri impak positif ke atas pengalaman pengguna.

Facebook digunakan di seluruh dunia. Maka, perlu mempertimbangkan sesetengah kawasan yang tidak mempunyai rangkaian selular yang laju atau pengguna tidak mempunyai telefon mobil yang terbaru. Maka, semua itu diuji bagi mencari solusi terbaik apabila ada ciri terbaru Facebook diperkenalkan.

2. Staf tidak boleh tidur malam.

Justin, salah seorang pereka Facebook Search menerangkan sekiranya satu widgets yang dia reka biasa mencapai puluhan juta interaksi di US dan tetiba poin peratusan menurun, ia akan menyebabkan Justin tidak boleh tidur malam bagi mencari masalah dan solusi secepat mungkin. Jika tidak, berjuta pengguna akan merasai pengalaman buruk.

Maka, staf di dalam bidang ini mesti boleh melepasi rasa keresahan dan lakukan apa yang boleh anda buat dan tahu kadangkala sesuatu yang tidak sempurna itu berlaku adalah sebahagian daripada pekerjaan ini. Ini akan membuatkan kumpulan sentiasa belajar dan cepat menyedari perubahan.

3. Bahagian carian di Facebook tidak sama dengan carian yang anda fikirkan.

Justin menerangkan tentang sistem carian di Facebook adalah bersifat pengalaman peribadi di mana Search akan meneroka topik-topik yang trending di platform pada hari tersebut dan kongsikannya dengan mereka yang mungkin berminat dengan topik-topik tersebut.

4. Sesi kritik kumpulan perekabentuk.

Kredit: http://wayswework.io
Kredit: http://wayswework.io

Sesi kritik rekabentuk ini dipanggil sebagai “crit” adalah satu perjumpaan yang mengumpulkan semua ahli kumpulan untuk review perkembangan kerja masing-masing.

Sebelum sesi ini dimulai, pereka yang mahu membentangkan kerja diminta memberitahu masa slot mereka.

Kemudian mereka akan menunjukkan kerja terbaru kepada semua ahli kumpulan yang hadir. Penambahbaikan atau langkah seterusnya dicadangkan oleh ahli-ahli lain.

5. Kitar hidup ciri-ciri Facebook

Tiada spesifik jangka masa untuk ciri-ciri Facebook ditambahbaik. Kumpulan perekabentuk mempunyai kepakaran tersendiri dan mereka selalu mempunyai banyak idea dan dibincangkan untuk menjadikan produk Facebook bertambah baik buat pengguna.

Mereka berpegang kepada prinsip “bagaimana kita boleh mencipta lebih nilai kepada pengguna kita” yang telah mendorong dan memandu pembinaan ciri-ciri terbaru Facebook. Apabila idea dibentuk, mock up secara visual dibuat dan kemudian melalui proses kritikan.

6. Kolaborasi dengan kumpulan-kumpulan lain

Kredit: http://wayswework.io
Kredit: http://wayswework.io

Pihak jurutera juga tidak ketinggalan dan perlu tahu apa yang dilakukan oleh perekabentuk kerana prototaip yang dibina menggunakan data sebenar. Kemudian ia akan dibawa kepada pihak pengurusan untuk sesi review. Dan jika idea itu benar-benar bagus, Mark Zuckerberg akan review sendiri idea prototaip tersebut. Sekiranya ia diluluskan, idea prototaip itu akan dibawa ke langkah seterusnya iaitu kumpulan penyelidik.

7. Fasa ujian dan analisis

Kumpulan penyelidik akan menguji kepenggunaan ciri berdasarkan saiz ciri tersebut. Sekiranya kecil, mereka akan menguji melalui ujian A/B dengan segmen pengguna sebenar. Perekabentuk dan penyelidik akan mendapatkan data untuk dianalisis dan review metrics untuk melihat sama ada ia berada di jalan yang betul atau tidak.

Tapi ia tidak henti setakat itu sahaja kerana kadang-kala halatuju positif tidak bermakna ia bagus. Maka, beberapa aras kajian dilakukan bagi melihat sama ada ia mencipta nilai yang kumpulan perekabentuk mahukan.

8. Tunggu masa untuk dilancarkan tapi belum dianggap selesai.

Selepas kumpulan-kumpulan terlibat memahami dan mendapat keputusan yang dimahukan, prototaip itu akan ditentukan masa untuk dilancarkan. Dalam masa yang sama platform Facebook dan aplikasi iOS dan Android sering diperbaharui. Maka, prototaip itu tidak dikatakan telah siap sepenuhnya walaupun telah melepasi fasa-fasa tadi.

9. Kepimpinan mempengaruhi budaya kerja di Facebook

Kredit: http://wayswework.io
Kredit: http://wayswework.io

“Saya rasa budaya syarikat anda berpunca daripada kepimpinan dan nilai-nilai. Jadi saya fikir cara kami beroperasi adalah selaras dengan Zuck dan pemimpin utama lain dan apa yang mereka nilai dan akhirnya itu membuatkan Facebook menjadi yang lebih baik bagi semua orang secepat mungkin.” kata staf Facebook, Brett.

10. Visi syarikat dan harapan

Mencipta lebih keterbukaan dan menghubungkan dunia bagi merapatkan orang-orang dan perkara-perkara yang diambil berat adalah visi dan harapan bagi Facebook. Maka, evolusi platform Facebook mesti mengikut teras visi dan menjadikan sesuatu itu lebih bernilai kepada pengguna. Apabila staf-staf Facebook ditanyakan tentang perkaitan idea dan visi, mereka menjawab: “Kenapa perlu cipta sesuatu yang sia-sia?”

Setelah mengetahui semua ini, perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook bukanlah sekadar suka-suka atau sengaja. Perubahan dilakukan demi memberikan pengguna pengalaman terbaik sewaktu menggunakan aplikasi Facebook. Malah, proses sebelum sesuatu ciri baru diperkenalkan kepada umum itu bukanlah semudah ABC. Ia memerlukan kerjasama, kritikan, ujian dan kesabaran yang tinggi.

Semua demi pengguna Facebook.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber