Nota Editor: Masih ingatkah anda dengan kisah 3 pemuda yang telah berbasikal dari London Ke Malaysia, kemudiannya mereka ditemukan dengan anjing yang dinamakan Ohrid? Tak mengapa jika anda tidak tahu atau sudah lupa. Kami akan berikan link kisah tersebut di akhir artikel ini.

Kali ini kami ingin kongsikan satu lagi kisah menarik yang telah di lalui oleh Adeeb, Azrulhan dan Amirul sewaktu mereka tiba di Macedonia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sicksiders-2

Pengalaman di Macedonia ni memang suatu pengalaman yang tak akan dapat aku lupa sampai bila-bila, setiap negara yang aku masuk memang aku teruja gila untuk tahu apa yang menanti aku disana.

Perasaan ingin meneroka, ingin merasa, ingin melihat sentiasa meluap-luap setiap pagi aku bangun, walhal di rumah nak bangun pagi pun payah sekali!

Dijemput oleh pakcik Cani Tafiloski dan isterinya, Kak Bertha, orang Indonesia ke rumah mereka semalam untuk lunch masakan Indonesia, dapat merasa ayam penyet setelah hampir 5 bulan tak merasa memang sangat-sangat bersyukur.

Kami ke rumah mereka sejauh 35km dari bandar Ohrid, kampung Labunishta dimana hampir 99% adalah orang Islam. Sedihnya, tiada nama jalan untuk kediaman mereka di dalam map.

sicksiders-7

Kata mereka, penduduk Islam disana seperti dipulaukan, tidak diambil peduli oleh kerajaan disini, kadang-kadang air takda waktu summer, elektrik tiada.

Tapi di Labunishta, bila kami sebut sahaja kami tetamu Cani Tafiloski, semua orang kenal, semua orang tahu. Bila kami tanya kenapa, dan cucu dia beritahu yang atuk dia dan moyang dia banyak membantu orang Islam disini, membina rumah, punya ladang apple di mana apple itu hanya untuk disedekahkan sahaja, dia dan menantunya memasang sistem networking di Labunishta, untuk tv dan internet.

sicksiders-1

Pakcik Cani Tafiloski ini juga banyak membina masjid, di Bosnia dia membina 2 masjid, di Croatia satu masjid, di Albania satu masjid, dan di Macedonia ada 3 masjid! Beliau juga mempunyai perniagaan permata dan beberapa kedai lain yang diuruskan ahli keluarga yang lain.

Kemurahan hati pakcik ini juga terhadap gelandangan, ada yang diberi rumah sewa tanpa berbayar, sampaikan ramai yang mengenali beliau disini. Kami makan di restoran bersama keluarga beliau juga dibayar lebih separuh oleh owner restaurant itu sendiri, beliau cuma bayar suku sahaja. Masya Allah.

Tapi bila kami datang ke rumah beliau, kami terkejut, dia hanya tinggal dirumah yang tak jauh beza dengan rumah-rumah biasa yang lain walhal dia tersangatlah berharta.

Begitu zuhudnya pakcik ni, benar-benar menyentuh hati aku. Suatu pengajaran yang sangat bererti buat aku disini, tak sangka ini yang aku terima, di negara yang aku tak pernah tahu kewujudannya disini.

sicksiders-5

Berikut pula pesanan dari Adeeb mewakili rakan-rakannya, khas buat mereka yang ingin menjejaki langkah mereka untuk mengembara.

Surat Terbuka Buat Adik-Adik Yang Ingin Mengembara

Seorang ibu dari Malaysia whatsapp aku menceritakan kisah anaknya yang menjadikan aku sebagai idola dan suka anaknya beralih dari bermain motor kepada berbasikal. Namun anaknya terus-terusan berbasikal hingga pelajaran terabai dan meminta nasihat bagaimana caranya untuk membantu beliau dalam menangani masalah itu.

Disini aku ingin buat nasihat terbuka kepada yang minat berbasikal dan masih bersekolah, kolej mahupun universiti.

sicksiders-8

Walaupun minat aku begitu mendalam dalam berbasikal dan mengembara sejak kecil lagi, namun sebagai seorang anak, aku ingin juga membalas sedikit jasa kedua ibu bapa aku, dengan membuat mereka bangga dengan pencapaian aku, lebih-lebih lagi apabila aku anak harapan mereka.

Aku berusaha semampu aku dari sekolah biasa ke sekolah Teknik, sambung pula ke Kemahiran dan German Malaysian Institut dalam jurusan Network Security.

sicksiders-6

Kalau kau ada peluang jumpa dengan diri kau yang dulu, adakah dia bangga dengan kau yang sekarang? Tanya diri sendiri, kau yang dulu dengan kau yang sekarang, apa perubahan yang kau dah lakukan?

Ilmu yang aku peroleh dalam mempelajari tentang network dan business, aku gunakan dalam social networking, dimana aku berniaga dan mengembangkan network aku keseluruh pelusuk dunia. Aku berniaga pakaian dan hampir bermacam negara aku hantar pakaian yang aku buat, ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu sebelum aku mengembara dijalanan.

Memang tidak ada universiti dinding batu yang mengajarkan kamu tentang kehidupan sebenar, namun kau memerlukannya untuk keseimbangan dalam hidup.

sicksiders-9

Terima kasih buat keluarga yang terus menerus menyokong dalam segala apa yang aku lakukan. — at Istanbul.

Setelah berjaya memperoleh ijazah barulah aku keluar mengembara, mempelajari tentang ilmu dunia pula, yang tiada diajar di mana-mana sekolah.

Namun sebelum kau berada dijalanan ini, perlulah kau tahu serba sedikit tentang ilmu disekolah dan sekurang-kurangnya perlu ada diploma, supaya jika kau dah mengembara tetapi masih tak tahu nak buat apa apabila balik kelak kau masih mempunyai Diploma untuk sambung kehidupan seperti biasa.

Tak semua yang mengembara ini, mindanya luas terbuka, tak semua yang mengembara ini matanya luas terbuka, setiap yang mengembara ini akan punya penglihatan yang berbeza-beza.

Ada juga yang berilmu dan belajar hingga luar negara tetapi bila mengembara sedikit pun tak nampak macam orang berilmu, ada juga yang bersekolah takat lepasan kolej tetapi lebih matang dari yang bersekolah luar negara. Maka itu semua bergantung pada cara bagaimana kau melihat sesuatu perkara itu.

sicksiders-10

Sebelum kami masuk ke border Montenegro, kami tinggal di sebuah tempat persinggahan untuk travelers (warmshower), kepunyaan seorang tua berumur 77 tahun.

Kami sampai sana malam hari, beliau beri kami tidur di tapak perkemahan beliau secara percuma pada mulanya, tapi masa tu hujan dan hari sudah gelap, lalu beliau beri kami tidur di pejabat beliau sahaja.

Sedihnya rumah beliau hanya menggunakan tenaga solar dan generator, oleh kerana musim winter disini maka tidak banyak cahaya matahari dapat diserap dan jika menggunakan generator memerlukan duit. Maka malam hari hanya berbekalkan cahaya lilin sahaja.

Keesokan hari ketika sarapan beliau beri kami strawberry jam beliau yang tinggal sedikit untuk kami sapu pada roti kami. Kami berbual dan beliau beri kami satu quote dari Cat Stevens @ Yusuf Islam, penyanyi rock yang memeluk Islam;

“If you want to help fellow man, start with what you have in your hand”.

Dan beliau beri kami apa yang beliau ada ketika itu, dan kami ada knowledge tentang networking lalu kami bantu beliau untuk create some fund untuk dia membaik pulih tempat itu. Ahamdulillah dalam masa sehari kami berjaya raising fund for USD200. Thanks for everything Sir Marko Bradvica!

Balas jasa kedua orang tua kau dengan cara berjaya dalam pelajaran, walaupun itu masih hanya 1% dari apa yang telah mereka taburkan pada engkau. Restu mereka yang akan buat engkau berjaya dalam apa jua yang kau lakukan. Sekian.

BACA: Berbasikal Dari London Ke Malaysia, 3 Pemuda Ini Bertemu Anjing Yang Mengajar Erti Sahabat Sejati

sicksiders-11

Peluang Penajaan

Untuk pengetahuan, Sick Siders Malaysia sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin terlibat dalam penajaan untuk pengembaraan merek ini, sama ada dari organisasi korporat, NGO mahupun orang perseorangan.

Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi Muhammad Adeeb’s di akaun Facebook beliau.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini pengembaraan 3 pemuda ini di Facebook Page Journey to Homeland by Sick Siders Malaysia atau di website ssmy.co.uk.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram