Nota Editor: Kisah ini merupakan pengalaman Tuan Ahmad Faizal yang menjalankan perkhidmatan runner. Demi menyelamatkan nyawa seseorang, dia telah memandu di luar kawasan liputan perkhidmatannya untuk menghantar ubat. Dengan izin beliau, kami kongsikan semula dengan pembaca Vocket. Semoga bermanfaat.

Seorang wanita telah menghubungi Tuan Ahmad Faizal pada waktu tengah malam bagi meminta pertolongan menghantar ubat buat kakak yang memerlukannya dalam kadar segera. Sebenarnya Tuan Ahmad Faizal yang berusia 25 tahun ini menjalankan perkhidmatan runner untuk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja tetapi demi rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa seseorang, beliau telah memandu sejauh 180 kilometer dari Shah Alam, Selangor hingga ke Merlimau, Melaka.

Inilah kisah perjalanan beliau membantu menghantar ubat kepada sebuah keluarga di Merlimau, Melaka.

Inilah job urgent saya dapat tengah malam tadi. Nak tolak serba salah. Saya kena tolong orang yang susah.

f1

Macam biasa nak hantar barang mesti la kena collect dulu. Inilah akak yang suruh saya hantar ubat tu untuk kakaknya. Amat-amat penting ubat kena sampai sebelum tengah hari.

f2

Kita isi minyak full dulu sebelum meneruskan perjalanan. Hehe.

f3

Alhamdulillah sampai Seremban dah, macam biasa la. Air Moutain Dew pilihan saya ketika buat kerja ke sana kemari. Haha.

f4

“Assalamualaikum pakcik saya dah sampai Merlimau, pakcik ada kat mana?” kata Faizal melalui perbualan telefon bimbit dengan client.

f5

Pakcik decide ajak lepak minum kat sini.

f6

Inilah dokumen peribadi anak pakcik yang sakit dan ubatnya yang digunakan setiap hari. Sebab tu saya sanggup hantar.

f7

Inilah bapa kakak yang suruh saya hantar ubat tu. Yang tengah tu kakaknya yang sakit. Hujung tu maknya. Hehe, sembang lama macam-macam pakcik kongsikan pengalaman hidup pakcik dalam membesarkan anak dan keluarga.

f8

Terima kasih pakcik belanja saya minum tadi. saya minta maaf lambat sikit sampai. pakcik memang seorang ayah yang sangat tabah. Hampir menitis air mata saya bila pakcik cerita kisah hidup pakcik. Syukur sangat Allah ketemukan kita untuk bagi saya motivasi dalam kehidupan. Inilah kenangan manis saya walaupun saya hanya menghantar ubat untuk anak pakcik yang sedang sakit. Moga Allah murahkan rezeki pakcik sekeluarga dan diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan, amin. Alhamdulillah job settle jom balik Shah Alam.

f9

Jika anda mahu tahu lanjut tentang beliau, klik disini.

Baca: 18 Sebab Orang Jadi Usahawan

Tonton: Siapakah Yang Akan Anda Bantu? Bapa Gelandangan Atau Penagih Dadah?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram