Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS dan pengasas Ainon Business School dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga nota ini dapat menjadi tauladan kepada anda untuk memulakan bisnes pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

LOGIK BISNES

Bisnes mempunyai logiknya sendiri. Logik bisnes tidak sama dengan logik akal orang biasa.

Logik orang biasa mengatakan pembeli tentu mahukan produk terbaik. Jadi, keluarkanlah produk yang terbaik. Orang tentu beli.

Logik bisnes mengatakan pembeli mahukan produk yang mereka mahu beli. Produk itu tidak semestinya yang terbaik. Justeru itulah kita boleh tengok, produk-produk yang laku keras dalam pasaran tidak semestinya produk-produk yang terbaik.

Dalam dunia bisnes, dalam tempoh 3 tahun pertama memulakan bisnes, kita sebenarnya dalam fasa belajar logik bisnes. Statistik menunjukkan, dalam fasa ini 93% bisnes akhirnya ditutup.

Meskipun bisnesnya terpaksa ditutup, namun si businessman sudah belajar logik-logik dalam bisnes.

Dengan berbekalkan pengetahuan itu mereka membuka bisnes baru.

Apabila baru hendak belajar memulakan bisnes, lakukan ini: Pilih produk yang sangat mudah dijual. Orang tengok, orang terus mahu membelinya.

Ini sangat penting. Jangan fikir untung dulu. Di sebalik langkah menjual produk yang sangat mudah dijual adalah:

  • Kita perlu mempelajari LOGIK BISNES dahulu. Ini lebih utama daripada belajar hendak membuat banyak untung.
  • Kita belajar membuang rasa malu hendak menjual. Makin banyak jualan, makin hilang rasa malu.
  • Belajar mendorong diri sendiri. Jualan bukan sentiasa laku.

Jangan pilih barang yang susah dijual:

  • Kita berasa malu setiap kali orang tidak mahu membeli.
  • Kita hilang percaya-diri. Kita mula meragui bakat dan kemampuan diri memulakan perniagaan.
  • Kita patah semangat. Kita hilang motivasi hendak terus mencuba.

BACA: Fenomena Termakan Cakap ‘Si Buaya’ Semasa Memulakan Bisnes

BACA Lagi: Kisah Kejayaan Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram