Pasangan muda Tavis dan Kristie yang berumur 20-an, disolek oleh jurusolek professional sehingga menampakkan umur mereka 90-an. Terdapat 3 kali sesi solekan dimana setiap sesi umur mereka “ditambah” 20 tahun, menjadikan mereka “berumur” dari 20-an ke 90-an.
Aktiviti yang simple ini membuka minda dan hati kita terhadap hubungan suami isteri, bukan sekarang, tetapi jauh kehadapan. Apa pun kriteria anda memilih pasangan anda, yang pasti kedua-dua sama-sama semakin tua. Jika yang suami tak suka wajah isteri yang semakin berkedut, jangan lupa yang suami pun berkedut juga. Hati budi masing-masing jugalah yang mampu membuatkan hubungan suami isteri bertahan lama.
Saksikan video dibawah kagumilah jika melihat pasangan tua yang masih bahagia diluar sana.