Mulai 1 Januari, penumpang Express Rail Link (ERL) terpaksa membayar tambahan RM20 untuk perjalanan sehala di antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kenyataan Isnin lalu, Express Rail Link Sdn Bhd berkata tambang baru akan dinaikkan menjadi RM55 sehala untuk perjalanan di antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka berkata tambang baru itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Ini adalah tambang terdiskaun kerana ERL telah diberi kebenaran untuk menaikkan tambang menjadi RM64 mengikut terma yang termaktub dalam perjanjian konsesi," kata mereka.

"Kami telah menstrukturkan tambang baru dengan mengambil kira keperluan pelanggan. Kami sedar kos sara hidup yang semakin mencabar, dan sedang berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan tambang untuk penumpang," ujar CEO ERL Sdn Bhd Noormah Mohd Noor.

Noormah berkata ERL bersama-sama rakan perniagaannya sedang merangka diskaun menarik untuk penumpang.

"Sebagai contoh, penumpang yang menaiki KLIA Ekspres menuju ke KLIA hanya perlu membayar RM40 untuk satu perjalanan, dan ini hanyalah kenaikan sebanyak RM5 berbanding tambang lama iaitu RM35."

"Kami akan terus mencari jalan mengurangkan impak kenaikan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan keselamatan," katanya lagi.

Penumpang disarankan membeli tiket secara atas talian melalui aplikasi mobil dan kiosk ERL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 10%.

Pengguna kad Touch 'n Go mendapat diskaun 10% semasa tempoh promosi, manakala penumpang dapat berjimat sebanyak RM10 dengan membeli tiket dua hala untuk perjalanan KL Sentral ke KLIA.

TravelCard dengan 44 kali perjalanan akan diperkenalkan kepada pengguna harian KLIA Transit, dengan kenaikan tambang minima.

Warga emas dan OKU akan terus menerima diskaun 30% untuk tambang perjalanan satu hala KLIA Transit.

Ini adalah semakan harga pertama sejak ERL memulakan operasi hampir 14 tahun lalu.

BACA: ‘Mobile Apps’ Terbaru AirAsia Bakal Mudahkan Urusan Penerbangan Anda

BACA: 11 Tip Mendapatkan Harga Murah Untuk Tambang Kapal Terbang

Sumber