Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Abd Ghani Haron. Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk kita lebih memberi, tidak kira zakat atau sedekah, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ALLAH MEMBAYAR TUNAI

Kelmarin, seorang pemuda muncul di pintu rumah saya memberi salam dan menyatakan hajat meminta sumbangan untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama di Universiti Ar-Raniry, Acheh. Saya menyelongkar duit yang ada, jumpa beberapa keping duit RM5 lalu diberi kepadanya.Kebetulan duit tunai tinggal sebanyak itu sahaja, simpan beberapa ringgit untuk beli bahan berbuka.

Beberapa ketika setelah pemuda itu berlalu, saya menerima panggilan telefon daripada Unit Perubatan, Jabatan Pencen JPA yang meminta saya mengemukakan beberapa dokumen dan surat untuk mereka mempertimbangkan pembiayaan kaki palsu anak saya yang bernilai berbelas ribu ringgit. Subhanallah! Alhamdulillah! Benarlah janji Allah bahawa jika kita membantu hamba Allah yang kesusahan, nescaya Allah akan membantu kita pula melepas diri daripada kesusahan. Saya melihat Allah telah membayar tunai janjiNya. Saya hanya memberi beberapa helai wang RM5, tetapi Allah melepaskan saya daripada bebanan berbelas ribu ringgit.

Nak ajak semua memikirkan hal, menimbang perkara ini. Janganlah menolak petmintaan pertolongan daripada manusia lain. Berilah sekadar mampu, jika tidak, berikan kata semangat, berpesan dengan kesabaran, zahirkan simpati, panjatkan doa dan sebagainya .Jangan juga menolak permintaan walau daripada seekor kucing yang merenung meminta makan. Insyaallah, ketika kita ditimpa kesusahan, Allah datangkan orang lain untuk meringankan.

Tetapi ingat, jika kita memandang sebelah mata kepada kepayahan orang, menolak permintaan pertolongan, tunggulah akan tiba suatu hari kita pasti akan mengharap pertolongan orang. Dan ketika itu, sudah terlambat, kita mungkin sudah terhukum. Setiap yang datang kepada kita adalah dengan takdir Allah, dan Allah menyebutkan tidak dia sia-sia setiap sesuatu yang diciptanya. Maka yang meminta pertolongan itu adalah peluang untuk kita berbuat baik dan ujian untuk kita. Jika keberatan untuk membantu pun, berikanlah senyuman dan doa kepadanya.

Jadi, hulurkan tangan untuk membantu, ringankan lidah untuk menenangkan, ringankan tulang untuk meringan beban orang kerana setiap pertolongan akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran dan melepaskan kita daripada kepayahan pada suatu masa nanti.

BACA: 7 Formula Keajaiban Sedekah Telah Dikongsikan Oleh Usahawan Wanita Ini

BACA Lagi: Kisah Kejayaan Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan PTS

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram