Pejabat baru Facebook di Singapura ini baru saja dibuka secara rasmi pada Ogos lalu.

Jika pejabat lama mereka adalah 2 tingkat ruang pejabat, pejabat baru ini pula adalah sebanyak 5 tingkat. 2 daripada 5 tingkat pejabat ini disediakan khas untuk kakitangan bahagian jualan dan pemasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Dan Neary yang merupakan Vice President Facebook bagi Asia Pasifik, Facebook di rantau ini sudah pun menjadi yang terbesar tetapi dengan perkembangan dan penambahan pengguna aktif  Facebook seramai 496 juta setiap bulan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana 2 per 3 daripada populasi dunia adalah di rantau ini yang juga merupakan pengguna teramai aplikasi mobil.

pejabat-facebook-singapura-1

pejabat-facebook-singapura-2
ruang legar

 

pejabat-facebook-singapura-3

Ini adalah ruang interaktif yang menunjukkan jumlah pengguna aktif Facebook di serata dunia.

pejabat-facebook-singapura-4

Ini adalah bahagian pantri. Lihatlah stok makanan yang ada.

pejabat-facebook-singapura-5

Semua kenal makanan ni. Tinggal ambil dan makan je.

pejabat-facebook-singapura-6

Ini pula ‘beer tap’.

pejabat-facebook-singapura-7

Bahagian pantri dengan sudut lain.

pejabat-facebook-singapura-22

pejabat-facebook-singapura-8

Para pengunjung boleh meninggalkan tandatangan mereka di ruangan ini.

pejabat-facebook-singapura-9

Inilah doodle yang telah dihasilkan di ruangan ini.

pejabat-facebook-singapura-21

pejabat-facebook-singapura-10

Bilik mesyuarat dinamakan dengan nama tempatan. Kopi Kao adalah kopi kaw (kopi pekat).

pejabat-facebook-singapura-11

Pereka Singapura Dawn Ng telah diminta menghias tangga di pejabat ini. Apa yang telah beliau lakukan adalah menghias dengan taburan berwarna warni di kesemua tangga bangunan setinggi 5 tingkat ini.

pejabat-facebook-singapura-12

Pandangan daripada bawah hingga ke tingkat 5.

pejabat-facebook-singapura-13

pejabat-facebook-singapura-14

Mahjung turut disediakan dengan logo Facebook. Ini boleh dikira limited edition.

pejabat-facebook-singapura-15

pejabat-facebook-singapura-16

Ini adalah ‘Instagram graviti booth’ yang telah disediakan oleh Facebook untuk atlet sukan SEA 2015. Perabot di ruang ini disusun 90 darjah berpusing, menjadikan seolah anda sedang terapung apabila gambar diputar ke kiri.

pejabat-facebook-singapura-17

Di pejabat Facebook ini turut disediakan mesin vending yang menyediakan ‘tech gear’. Para pekerja Facebook hanya perlu sentuhkan kad pekerja mereka pada mesin imbas dan pilih gajet yang diperlukan. Ini sangat membantu apabila mereka melawat ke pejabat ini tetapi terlupa membawa bersama gajet mereka.

pejabat-facebook-singapura-18

pejabat-facebook-singapura-19

Lukisan mural oleh pelukis tempatan Justin Lee CK menghiasi dinding.

pejabat-facebook-singapura-20

Siapa tak mahu kerja dalam suasan begini bukan? Kelihatan sangat santai tapi berteknologi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber