Nota Editor: Perkongsian ini telah dipaparkan di Facebook Lutfi Lokman. Kami terbitkan semula di Vocket dengan izin dari penulis. Semoga perkongsian ini dapat memberi info mengapa lelaki ini lebih selesa untuk ke kedai mamak berbanding kedai lain

Kenapa kedai MAMAK?

1. Ada WIFI.

Kita kadang-kadang tak boleh buat kerja apabila perut lapar. Mesti mencari makanan. Di rumah, bukan tak boleh buat kerja sambil makan. Tapi tergamak kau nak order dengan isteri “Roti kosong satu, teh tarik kurang manis satu!” dengan keadaan dia, rumah dan anak-anak sedang bersilat.

So MAMAK adalah terbaik. Kerja boleh buat, order suka hati nak makan apa. Asal ada duit.

2. Seawal jam 10 pagi, ayam dah siap digoreng dan dilonggokkan setempat.

Ada lampu oren menerangi ayam. Itu yang kita rasa macam pasar malam beb. Cahaya saturation tu naik tinggi. Kadang-kadang effect smoke pun ada. Sapa boleh tahan?

Lagi pula, ada 10-15 jenis lauk yang bagi saya itu semua kari. Ubah kaler jer. Perut Melayu sudah biasa makan nasi di awal pagi. Nasi lemak, nasi goreng dan nasi campur. Apa beza dengan makanan di MAMAK. Asal ada duit.

3. Pekerjanya 29 jam berdiri.

Mereka tidak melepak di kaunter. Tidak lepak di dapur. Tidak lepak di atas meja. Mereka bekerja dan berdiri. Mengambil pesanan. Memerhati pelanggan. Membersihkan meja yang kotor dan tidak ambil pusing walau disuruh ambil tisu, garfu yang terletak di meja sebelah sahaja. Pesanan pula cepat sampai.

Apa lagi kita mahu jika mendapat servis dan layanan seperti ini? Asal ada duit.

4. Kebiasaan makanan mereka universal.

Ada roti, ada telur separuh masak, ada nasi lemak, ada lauk pauk tengahari termasuk sotong dan ikan. Ada tomyam waktu petang dan malam. Goreng-goreng pun boleh tahan.

Semua ada. Pendek kata, semua adalah. Asal ada duit.

Baca: 8 Sebab Kenapa Lelaki Malaysia Sukakan Bola Sepak

5. Pengkhususan kerja.

Cashier tugas dia berada di cashier walaupun kadang-kadang dia bertugas juga lap meja dan ambil order.

Tukang tebar roti canai, kerjanya 29 jam hanya tebar roti canai. Dia tak pergi goreng maggi. Buat air, kerjanya segala air bagai, dia yang uruskan. Tak berganjak dari kaunter air.

Pembasuh pinggan mangkuk, layak di dapur. Kerjanya dari pagi membawa ke pagi basuh pinggan jerlah. Terakhir, penggoreng maggi, lauk pauk, kerjanya di dapur. Menerima pesanan, menggoreng dari awal sampai akhir. Mereka bekerja mengikut shif. Bagi mereka asal ada duit.

6. Mengambil pesanan dengan menulis di atas kertas.

Kebanyakan yang saya perhati macam tu lah. Diorang tulis dan tinggalkan kertas tersebut kepada kita.

Nanti nak bayar, kalau rajin, kita bawa kertas tersebut ke kaunter. Kalau malas, panggil sahaja pekerja dan berikan mereka duit. Kebanyakan kedai lain, yang paling saya tak suka apabila kita dah habis makan dan nak bayar depa tanya –  “Makan apa tadi ya?” Kecik besar, kecik besar aku perati.

7. Waktu yang fleksibel.

Kebanyakan MAMAK buka 24 jam. Datanglah waktu mana pun, muka mereka macam tu jugak. Tak pernah dalam keadaan mengantuk atau muka minta penumbuk.

Boleh duduk daripada asar, sampai asar minggu depan. Order air sahaja dan siapkan projek berjuta kita di hadapan laptop. Asal kita ada duit.

8. Ada kemudahan TV besar dan boleh tengok bola.

Kedai mana lagi yang boleh kita terjerit-jerit menonton Terengganu belasah Pahang 3-1 tanpa mengganggu pelanggan lain? Semua maklum bahawa kedai MAMAK bukan tempat tidur.

Boleh menjerit sekuat hati apabila tengok bola. Kecuali dalam keadaan tak ada apa-apa kau tiba-tiba menjerit dengan kawan-kawan. Itu juga muka minta penumbuk.

9. Patuh syariah.

Kebanyakan kedai MAMAK, tutup pada waktu solat jumaat. Pekerjanya pergi solat. Ini pengalaman saya apabila bertegur sapa dengan pekerja di masjid time solat. Ada juga yang tinggal jaga kedai. Tapi pandai-pandailah korang susun. Takkan itu pun kita nak kena pikir.

10. Personal touch agak hebat.

Mereka boleh ingat apa yang kita mahu makan, mahu minum dan anak-anak kita. Dengan syarat kedai tersebut biasa kita kunjungi. Pernah sekali anak saya bawa hamster ke kedai, sampai hari ini mamak ni masih ingat dan tanya perihal hamster anak saya. Entah ke mana dah hamster tu. Aku pun dah lupa.

11. Tempat penyatuan bangsa.

Kedai Cina, ada Melayu tak boleh makan. Kedai Melayu ada Cina tak boleh makan. Tapi kedai MAMAK, semua boleh makan. Bangsa Johor pun makan.

Baca: Gadis Mamak Malaysia Ini Bakal Buka Sesuatu Di Pejabat Twitter. Sangat Mengagumkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram