Nota Editor: Kami berbesar hati menerima sumbangan reviu makanan di Me’nate Steak Hub oleh Tuan Hazman Fadzil, salah seorang blogger reviu makanan ternama di Malaysia. Sesungguhnya penulisan beliau ini menyebabkan kami tertarik  dan gambar-gambarnya pula, membuat kami semakin terkecur. Semoga anda gembira dengan penulisan ini, sebagaimana kami gembira menyediakannya untuk anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru baru ini….

Telah menjadi sedikit kekecohan di media sosial mengenai isu merujuk kepada “salah faham selebriti kontroversi Malaysia mengenai Steak House”. Rasanya ramai dah tahu ianya adalah mengenai Restoran Me’nate Steak Hub oleh kerana kisahnya menjadi viral. Dan sebenarnya saya berkesempatan untuk mencuba makanan di sini pada lewat bulan februari lagi (entah kenapa saya peram cerita ni).

TEMPAT MAKAN DAGING STEAK HALAL KUALA LUMPUR

Mengimbau kembali pada masa itu saya ada rezeki dengan bajet khas sebagai salah seorang food blogger Malaysia dengan membuat reviu di kedai makan/ restoran pilihan sendiri. Lantas Restoran Me’nate ini sudah awal-awal masuk dalam senarai saya. Jom tengok apakah menu yang saya pesan pada masa itu:

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

Masuk sahaja di restoran ini saya cuba dapatkan menu yang ada untuk membuat pesanan – bagi anda yang baru pertama kali datang, akan ada staf yang bertugas menerangkan secara ringkas mengenai menu yang ada.Dia juga akan beritahu dan cadangkan masakan (rare, medium rare, medium well, well done) mengikut citarasa anda. Seterusnya anda pergi sahaja ke tempat sejuk penyimpanan daging untuk dipilih.

Pada setiap daging tersebut sudah tertera harga yang perlu dibayar – jadi pada masa itu anda bolehlah buat kira-kira yang bersesuaian dengan bajet kewangan anda. Dan pada masa saya datang itu memang hasrat nak makan steak daging dan daging wagyu yang terkenal tu.

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

Jadi pilihan pertama saya adalah – LAMB LOIN BONE – ada dalam empat ketul daging, bila dah dihidangkan nampak macam banyak sedikit berbanding sebelum ianya dimasak. Dan set menu sebegini ianya didatangkan sekali dengan kentang putar dan coleslaw yang sememangnya menjadi kombinasi terbaik dengan daging steak tersebut.

DAGING KEGEMARAN ORANG RAMAI

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

WAGYU STRIPLOIN BEEF – Seterusnya saya pilih daging yang menjadi sebutan iaitu WAGYU untuk pesanan, pilih mengikut bajet yang sesuai dapatlah juga merasa sekeping. Ternyata rasa daging memang berbeza dengan mana-mana daging yang pernah saya makan sebelum ini. Tambah pula apabila melihatkan kesan grill tersebut semestinya membangkitkan selera makan secara automatik.

Jadi…  kena nikmatinya dengan rasa syukur sambil mengunyah dengan tertib dalam setiap suapan dan kunyahan… hehehe. Bagi penggemar menu daging sebegini faham akan kelembutan tekstur yang disediakan untuk anda.

MENU ALA CARTE SEDAP DAN BEST

restoran steak house western food best kuala lumpur

Ada beberapa jenis salad yang boleh anda pilih. Cuma pada hari itu saya hendak mencuba ROMAINE SALAD WITH SALMON sebagai menu pembuka selera sementara menunggu menu daging steak. Sedap juga sesekali makan sayur salad sebegini bersama kepingan ikan salmon.

restoran steak house western food best kuala lumpur

Sebagai tambahan menu saya pesan KING PRAWN PASTA yang dimasak dengan gaya aglio olio secukup rasa dan kalau anda habiskan sepinggan ni pun sudah boleh memberikan rasa nikmat kenyang.Mesti mata kita akan geram melihatkan KING PRAWN tersebut… kan kan kan…

SUSUN ATUR RESTORAN

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

Untuk pengetahuan anda suasana dan keadaan di restoran Me’nate Steak Hub ini selesa dan santai dengan susun atur yang baik. Dan memang bagus apabila diletakkan gambarajah bahagian anatomi daging lembu secara tidak langsung ia berikan pengetahuan am yang berguna, betul tak?

AIR MINUMAN PERCUMA

restoran steak house western food best kuala lumpur

restoran steak house western food best kuala lumpur

Dan setiap pesanan atau pembelian menu “main course” di sini anda sebagai pelanggan diberikan air minuman secara percuma dan boleh refill (isian semula) tapi janganlah membazir ye. Di sini ada banyak pilihan sama ada air kosong, air sejuk ataupun air panas yang pastinya akan buat anda lebih suka makan di sini.

MENU PENCUCI MULUT

restoran steak house western food best kuala lumpur

Sebagai penutup santapan pada masa itu CREME BRULEE yang sedap ini jadi menu pemanis mulut. Saya suka dengan rasanya yang tidak terlampau manis dan ianya boleh berikan mood yang ceria (makan dessert)… hehehe. Secara ringkasnya harga yang saya bayar untuk kesemua menu adalah RM246 SAHAJA!

WAGYU BEEF – RM110.90

LAMB LOIN – RM48.60

ROMAINE SALAD – RM22

KING PRAWN PASTA – RM47

CREME BRULEE – RM17.80

*Harga pada bulan Februari – jika ada GST pada masa sekarang pun saya rasa ianya memang berbaloi untuk wang anda.

PROMOSI RAMADHAN SPECIAL

Me'nate Steak Hub Ramadan Special

Bersempena bulan puasa ini pihak Restoran Me’nate menawarkan promosi RAMADHAN SPECIAL untuk anda dan pelanggan yang berminat untuk berbuka puasa di sini. Kalau diikutkan, saya dapat juga jemputan untuk food review/ tasting menu di atas tetapi tidak dapat pergi atas kekangan masa.

InsyaALLAH saya pun berharap sebelum berakhirnya bulan Ramadan ini saya akan berpeluang untuk mencuba mana-mana menu bersama tim #BloggerKakiMakan – kalau tak pun saya pergi sendiri je la kan.

Bagi anda yang mahu mencuba menu lazat mereka boleh terjah ke:

Me’nate Steak Hub (Cawangan Jalan Genting Klang)
D-02-01 & D-03-01,
Starparc Point,
Jalan Genting Klang,
Taman Ibukota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Telefon: +60129051517 / +601112838749

Instagram: www.instagram.com/menatesteakhub

Facebook: www.facebook.com/MenateSteakHub

BACA: Demi Islam, Pakar Daging Ratu Elizabeth Ini Buka Restoran Sendiri di Kuala Lumpur

BACA Lagi: Vocket Makan… Lamb Chop & Mix Grill Bukit Cheras

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram