Kita bangun pagi, siapkan diri, berpakaian kemas, keluar ke tempat kerja/belajar, di tempat kerja/belajar, balik ke rumah, bersihkan diri, makan, rehat dan tidur. Apabila ada kesempatan masa, keluar berhibur, bersukan atau membeli-belah. Keesokkannya rutin yang sama diulang-ulang. Sampai satu tahap kita rasa kekosongan di dalam diri. Hati mula tertanya-tanya apakah lagi kurangnya dengan hidup ini sedangkan sudah miliki semua yang diperlukan. Hati rasa kosong, hidup rasa kosong seperti sebuah robot.

Sinopsis video di channel Youtube Quyyum:

Mengisahkan kehidupan seorang manusia biasa yang tidak tahu matlamat sebenar kehidupan. Setiap hari bangun pagi, selak langsir, sarapan, berjalan ke universiti, hadiri kuliyyah, siapkan assignment, dan pulang. Kitaran hidup seperti ini dinamakan kitaran hidup robot. Suatu hari seorang sahabat menasihatinya. Menerangkan tentang tujuan dan matlamat hidup manusia. Sang sahabat juga berkongsi beberapa ayat Al-Quran yang awesome disamping memberitahu kepentingan tarbiyah kepadanya.

LIKE Facebook The Vocket disini