Nota Editor: Terima kasih kepada page Hikayat Ujang Budak Minang kerana sudi berkongsi kisah ini di Vocket. Semoga kisah ini menjadi motivasi buat kita untuk terus berusaha tanpa mengira apa rintangan yang mendatang.

BACA: Strip Komik Ini Tunjukkan Kenapa Kita Harus Belajar Bersabar Dan Lewatkan Menghukum

Siapa Sangka Ujang Pernah Ditolak "U" Enam Kali

Ujang pernah bercita-cita menyambung pelajaran di IPT terutamanya di Institut Teknologi Mara (ITM). Sebenarnya ia adalah hasil dorongan daripada bekas guru pendidikan seninya, Cikgu Ahmad Rashidi Hassan.

ujang-ditolak-u
Via Hikayat Ujang Budak Minang

Walaupun sudah berjaya sebagai kartunis dan mempunyai peminat yang ramai, pesanan bekas gurunya tersemat kukuh dalam fikirannya.

Ujang pernah memohon masuk dalam jurusan seni halus. Pemohonan masuk ke ITM dibuka sebanyak dua kali setahun. Setiap kali itu juga Ujang memohon namun ditolak.

Akhirnya selepas permohonan kali keenam, barulah Ujang dipanggil untuk temuduga bertulis.

“Aku akan pastikan kali ini aku berjaya.”

Ujian pun bermula.

ujang
Ujang the legend. Via Ched In Sphere

“Semua calon diminta melukis mengikut tajuk yang diberikan. Masa ujian bermula sekarang.”

Selepas sesi penilaian, Ujang berjumpa dengan pensyarah penilai, “Saya boleh diterima encik?”

“Skil kamu tinggi. Bakat kamu besar. Tetapi saya cadangkan kamu belajar di tempat lain.”

“Kenapa pula?”

“Kamu akan bosan nanti. Di sini kamu akan diajar semula perkara-perkara asas seni dan lukisan. Garisan, bulatan, empat segi. Pendek kata, semua yang asaslah.”

“Tetapi saya sudah banyak kali mohon. Ini kali keenam.”

“Mungkin tempat kamu memang di tempat lain. Maafkan saya.”

Ujang balik dengan perasaan hampa. “Apa punya penilai. Kata aku bagus tetapi ditolak.”

Selepas enam kali memohon dan ditolak, Ujang berhenti berharap. Kesemua surat jawapan daripada ITM diposkan kembali.

“Biar mereka tahu aku protes. Puas hati aku!”

Nota: Adegan yang ditulis adalah imaginasi dan interpretasi penulis berdasarkan tembual bersama Kartunis Ujang.


Vocket: Jadi kawan-kawan, jangan bersedih kalau tidak dapat masuk "U", atau tak dapat benda macam yang kita mahukan. InsyaAllah, kalau kita tak berhenti berdoa dan berusaha, ada benda lebih baik sedang menunggu kita di hujung sana.

BACA: 10 Lokasi Mesti Dilawati Bagi Peminat Anime Di Jepun

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram