Lambakan pemain warisan atau kacukan Malaysia di luar negara  memberikan banyak pilihan kepada jurulatih untuk membentuk barisan yang mantap dalam skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Laman pencari bakat, Frfuturetalents mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 10 pemain yang didakwa memiliki darah keturunan Malaysia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baca Juga:

1. Marcus Travenier

Marcus Tavernier yang beraksi dengan kelab AFC Bournemouth dikatakan memiliki pertalian darah Malaysia melalui datuk sebelah ibunya yang berasal dari Melaka.

2. Kiernan Dewsbury-Hall

Pemain yang berusia 26 tahun ini menyertai Chelsea pada musim baharu dan disahkan memiliki darah keturunan Malaysia daripada neneknya. Dewsbury-Hall sudah meledak 12 gol dalam 43 penampilan sehingga membantu Leicester City menjuarai EFL Championship musim lepas.

3. Emile Smith Rowe

Bintang Arsenal ini menjadi bualan peminat apabila dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek sebelah ibunya, yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga beraksi bersama skuad England B-21 dalam saingan eropah tahun lepas.

4. Charlie Penman

Penman merupakan pemain muda berusia 18 tahun dan kini beraksi bersama skuad pembangunan Brighton & Hove Albion. Datuknya dikatakan berasal dari Alor Gajah, Melaka dan kerap pulang ke Malaysia.

5. Morgan Rogers

Pemain yang berusia 22 tahun ini memperkuatkan jentera serangan Aston Villa dan telah beraksi dalam 3 perlawanan EPL musim ini. Beliau dilaporkan memiliki darah Malaysia daripada sebelah ibunya.

6. Luca Williams-Barnett

Luca merupakan pemain remaja yang berusia 16 tahun dan kini bersama skuad Tottenham Hotspur B-17. Beliau memiliki darah keturunan Malaysia daripada sebelah ibunya. Neneknya juga dilahirkan di Malaysia.

7. Lewis Norman Dobbin

Lewis Dobbin menyertai Aston Villa dari Everton pada bulan Jun lalu namun dipinjamkan ke kelab EFL Championship, West Bromwich Albion. Bapanya didakwa berasal dari Malaysia manakala neneknya dilahirkan di Sibu, Sarawak.

8. Luke Plange

Luke Plange telah menyertai Crystal Palace sejak 2022 namun kerap dipinjamkan ke pasukan lain. Penyerang berusia 21 tahun ini dikatakan berdarah keturunan Malaysia daripada neneknya yang berasal dari Kelantan.

9. Isaac Hayden

Walaupun dilahirkan di England, Isaac Hayden dikatakan layak menyertai skuad Harimau Malaya kerana memiliki darah keturunan Malaysia daripada neneknya yang berasal dari Sabah. Bek Newcastle United ini menyertai Queen Park Rangers secara pinjaman.

10. Dylan Williams

Seorang lagi pemain Chelsea yang didakwa memiliki pertalian darah Malaysia kerana neneknya merupakan orang sarawak. Walaupun beraksi dengan skuad pembangunan, Williams berpotensi dinaikkan ke skuad utama Chelsea pada masa depan.

Ketika ini, beberapa pemain warisan yang kerap mewakili negara seperti Brendan Gan, Corbin Ong, Darren Lok dan Daniel Ting sudah mencapai usia lebih 30 tahun dan tidak mampu lagi beraksi untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Oleh itu, beberapa pemain kacukan muda yang berada di luar negara perlu direkrut segera untuk menggantikan tempat pemain tersebut.