Vocket mula pertengahan 2014 sebagai satu medium pembelajaran web telah dapat memaparkan 904 artikel pada tahun tersebut. Kemudian dengan tenaga founding tim seramai 6 orang dan contributers Vocket, jumlah artikel meningkat jadi 1809 pada 2015.
Setelah dikira artikel dari 26 Disember 2015 hingga 21 Disember 2016, sebanyak 2780 artikel telah dipaparkan dan dikongsi buat manfaat masyarakat Vocket pada tahun ini.
Jika tahun lepas kami mengeluarkan 18 artikel paling popular sepanjang tahun 2015. Kali ini kami paparkan imbasan artikel-artikel yang paling popular pada bulan-bulan yang pernah kita lalui bersama sepanjang 2016 yang hampir ke penghujungnya.
Januari 2016
- Tajuk: Jepun Buka Semula Stesen Keretapi Yang Tidak Berfungsi Ini Hanya Untuk Seorang Penumpang
- Kategori: Dunia
- Penulis: Fazreen
- Sinopsis: Stesen Kami-Shirataki di utara kepulauan Hokkaido memulakan semula operasi selepas mengetahui ada seorang penumpang muda yang memerlukan perkhidmatan kereta api untuk berulang alik. Waktu perkhidmatan juga ditentukan mengikut masa penumpang itu.
Februari 2016
- Tajuk: Lelaki Ini Menjadikan Rumah Lama Keluarga Sebagai Peta Games Counter Strike
- Kategori: Teknologi
- Penulis: Diyana AR
- Sinopsis: Editor Vocket telah menemubual pemuda ini yang mahu menyimpan kenangan rumah lama keluarganya dengan cara memetakan pelan rumah tersebut ke dalam games Counter Strike. Dia turut berkongsi cara pemetaan yang telah dia guna untuk merealisasikan impiannya itu.
Mac 2016
- Tajuk: 9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami
- Kategori: Suara
- Penulis: Yazid Zul (Pensyarah)
- Sinopsis: Pensyarah muda ini kongsikan 9 tip untuk kenalpasti ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami. Ini kerana ada segelintir orang merungut dengan menyatakan bahawa lelaki baik sudah pupus di zaman ini.
April 2016
- Tajuk: Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia
- Kategori: Travel
- Penulis: Aizat Othman (Usahawan)
- Sinopsis: Jika sekarang sedang terkenal dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, kisah pemuda ini juga seindah tajuk drama tersebut. Semasa masih bergelar pelajar Master, dia telah mengembara ke Rusia. Dalam satu minggu pengembaraan itu dia sempat berkenalan dengan seorang wanita Rusia yang akhirnya menjadi isteri dia pada hari ini. Bagaimana? Itu anda kena baca sendiri.
Mei 2016
- Tajuk: Cara Bijak Memendekkan Hutang Kereta Daripada 9 Tahun Kepada 5 Tahun Sahaja
- Kategori: Bisnes
- Penulis: Amir Syahir (Pelabur)
- Sinopsis: Hutang kereta boleh menjadi penghalang kepada pemuda-pemudi hari ini untuk memiliki rumah sendiri apabila baki gaji tak melepasi syarat pembelian. Jadi, artikel ini akan tunjuk kepada bakal graduan yang mahu memiliki kereta untuk tukar pinjaman 9 tahun jadi 5 tahun sahaja.
Jun 2016
- Tajuk: ‘Resume’ Lelaki Ini Sangat Awesome Hingga Beliau Diambil Bekerja Di ‘GQ’ Tanpa Perlu Temuduga
- Kategori: Senireka
- Penulis: Azam A
- Sinopsis: Pemuda ini baru tamat belajar dalam bidang pengurusan sudah membantu lebih 160 individu dalam penyediaan resume yang lebih menarik agar dapat bersaing dalam dunia serba kompetitif ini. Contoh resume awesome pemuda ini turut ditunjukkan di dalam artikel. Check it out!
Julai 2016
- Tajuk: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya
- Kategori: Dunia
- Penulis: Rahsia
- Sinopsis: Artikel ini mendedahkan apa yang telah Erdogan lakukan sepanjang dia memegang tampuk pemerintahan sebagai presiden ke-12 Turki. Pasti penentang dan musuh tidak menyukai senarai ini. Bagaimana dengan anda?
Ogos 2016
- Tajuk: Oh, Inilah Bagaimana Rupanya Perbezaan Pakej Haji Premium Dan VIP
- Kategori: Suara
- Penulis: Masnira Ramli (Penulis)
- Sinopsis: Artikel ini mendedahkan apa itu pakej haji premium dan VIP yang menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji. Pakej ini dikendalikan oleh 2 orang Malaysia. Gambar-gambar di sana turut dipaparkan.
September 2016
- Tajuk: Parodi ‘Train To Busan’ Ini Pasti Buat Anda Terhibur
- Kategori: Vocket TV
- Sinopsis: Boleh tahan pecah juga parodi ‘Train To Busan’ ini. Ada pula penampilan cameo Abudi Alsagoff di situ. Ingat, jangan lupa bawa powerbank.
Oktober 2016
- Tajuk: Inilah 6 Jadual Makan Dan Diet Saya Selama 3 Bulan Hingga Berjaya Hilang 40 Kilogram
- Kategori: Kehidupan
- Penulis: Arif Sukri
- Sinopsis: Pemuda ini dedahkan rejim dan jadual diet yang dia amalkan selama 3 bulan sehingga kehilangan 40 kilogram.
November 2016
- Tajuk: 8 Sebab Kenapa Rakyat US Tergamak Pilih Trump Sebagai Presiden
- Kategori: Suara
- Penulis: Irwan Dahnil
- Sinopsis: Artikel ini ditulis selepas Donald Trump memenangi kerusi Presiden Amerika. Penulis kongsi 8 sebab orang Amerika tergamak pilih Trump. Dia perolehi info ini semasa berbual dengan rakan yang berasal dari Tennessee, US. Rakannya itu mengundi sejak zaman Bush sampai Obama.
Disember 2016
- Tajuk: Lelaki Ini Cuba MRT Baru Hari Ini, Dan Ini Apa Dia Dapat
- Kategori: Kehidupan
- Penulis: Nurulwahida Othman
- Sinopsis: Seorang rakan editor Vocket telah mencuba perkhidmatan MRT dari stesen Semantan hingga ke Sungai Buloh dan kembali semula ke Semantan dengan menggunakan MRT juga memandangkan perkhidmatan ini percuma hingga pertengahan Januari 2017. Pengalaman dia turut diselitkan dengan gambar dan video yang menarik.
Itulah 12 artikel yang paling popular pada bulan-bulan ia dipaparkan di Vocket pada 2016. Ia ditulis oleh tim editorial Vocket dan juga sumbangan artikel daripada para contributors yang sudi berkongsi pengalaman dan menyebarluaskan informasi melalui Vocket.
Terima kasih tim editorial Vocket yang selalu inspired to inspire others! Terima kasih contributors yang awesome!
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan juga buat anda yang setia menjadi pembaca Vocket. Dengan sokongan anda semua, kita sama-sama akan melangkah ke 2017 dengan lebih baik. InshaAllah.