Mahalnya Lubnan tetapi mereka murah dengan senyuman dan kaya dengan budi bahasa. Saya kongsikan 13 sebab kenapa anda perlu ke Lubnan dan juga tip-tip jika ke sana.

1. Lubnan dikurniakan pantai yang sangat cantik berhadapan dengan laut Mediterranean.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

2. Bagi yang suka hiking, di Lubnan terdapat gunung ganang yang menghijau pada musim panas dan salju pada musim sejuk.

3. Mempunyai banyak bangunan – bangunan sejarah yang semestinya rugi jika tidak kesana.

4. Orang nya masyaAllah sangat peramah dan suka menegur.

5. Tidak suka menipu atau scam pelancong. Tidak seperti beberapa negara yang suka menipu semasa menggunakan pengangkutan awam seperi teksi, mini van atau bas.

6. Makanan disana sangat sedap. Ianya tidak terlampau pedas dan tidak tawar. Jangan lupa nikmati swarma.

7. Jika anda menggunakan teksi dari lapangan terbang ke hostel sekitar bandar Beirut, sila pastikan anda betul-betul tawar sehingga 10 USD. Harga biasa adalah 20 USD

8. Dari lapangan terbang anda juga boleh menggunakan mini bas atau van. Tetapi anda perlu berjalan dalam lebih kurang 1km.Tambang bas adalah dalam lingkungan 1000 -2000 LL.

9. Penggunaan wifi adalah tidak meluas di Lubnan. Kadang kala dihostel pun tidak disediakan wifi secara percuma. Jika anda hendak menggunakan wifi secara percuma , anda boleh ke Beirut Souks. Anda juga boleh ke Starbucks ( USERID : cold,, PASSWORD : brew) atau McDonalds (USERID : mcdonalds ,, PASSWORD : imlovinit)

10. Kebanyakkan tempat tumpuan pelancong akan dikenakan bayaran. Tetapi jangan risau, sangat- sangat berbaloi.

11. Perbezaan diantara “Taxi, Servis atau Servisen”.
Jika kita menyebut taxi maksudnya kita ingin menempah sebuah teksi. Servis adalah untuk seorang manakala servisen adalah untuk berdua.

12. Hotel disini boleh dikatakan agak mahal berbanding negara-negara timur tengah yang lain. Pilihan hostel pula sangat terhad. Jika anda ingin membandingkan harga hostel dan juga hotel, anda boleh menggunakan laman web atau app hotelscombined. Beberapa klik sahaja boleh bandingkan harga dari semua laman web terkenal. Tak perlu muat turun apps hotel lain dan cari harga hotel terbaik satu persatu.

13. Couchsufring adalah pilihan terbaik untuk sesiapa yang ingin merasakan pengalaman yang baru.

New Beirut
Balbelk Castle tinggalan Empayar Roman
Pigeon Rock
Masa dalam perjalanan ke air terjun. Kena naik kereta.
Pemandangan sewaktu dalam perjalanan ke air terjun.
Sebelum sampai ke air terjun kena jalan kaki 400 meter.
Baatara Waterfall
Baatara Waterfall
Baatara Waterfall
Baatara Waterfall
Baatara Waterfall

Hari 1

Tiba di Lapangan Terbang Beirut . Ambil teksi ke hostel.

Menginap di Talal Hotel ( sebenarnya taraf hostel) yang terletak 10 minit berjalan bas ke Beirut Souks dan 5 minit berjalan kaki ke stesen bas Charles Helou

Melawat Beirut Souks dan menikmati makan malam.

Penginapan: Talal Hotel 27500 LL

Pengangkutan: Teksi ke hostel 30000 LL

Makan 12000 LL

Jumlah 69500 LL

Hari 2

Melawat Baallbeck. Dari bandar Beirut anda boleh menaiki mini bas dari stesyen bas Quba. Dari Downtown anda boleh mendapatkan servise kesana yang berjumpa 1000 LL. Tetapi saya kesana dengan berjalan kaki sahaja.

Dari stesen bas Quba ke Baalbeck mengambil masa selama 2 jam setengah.

Tempat tumpuan utama adalah Baalbeck Temple dan kawasan sekitar

Balik dari Baalbeck menikmati sunset di Pigeon Rock

Lepak di sekitar Al hamra yang merupakan kawasan tumpuan utama pelancong.

Penginapan: Talal hostel 27500 LL

Pengangkutan: Mini bus ke Baalbek pergi balik 10000 LL

Makan 20000 LL
Bayaran masuk 12000 LL
Jumlah : 69500 LL

New Beirut
New Beirut
New Beirut Parliament. Nak masuk sini ada polis akan cek.

Pemandangan dari Top of Harissa

Hari 3

Melawat Tripoli. Anda boleh menaiki bas Connect dari Stesen bas. Harga bas Connect adalah 5000LL. Anda boleh menggunakan wifi di dalam bas yang berharga 1000 LL untuk 100 MB sehari.

Tempat yang ada wajib kunjungi jika ke Tripoli adalah Tadalah The Old Souks, The Citadel of Tripoli dan soap makers. The Citadel of Tripoli dikenakan bayaran masuk sebanyak 7500 LL.

Penginapan: Talal Hotel 27500 LL

Pengangkutan: Bas ke Tripoli 10000 LL
Bayaran masuk 7500 LL

Makan: 12000 LL
Jumlah 57000 LL

Hari 4

Melawat Byblos. Anda boleh ke sana dengan mengguna bas Connect (5000 LL) atau bas mini (2000 LL) dari Stesen bas Chales Heluo.

Tempat yang wajib di kunjungi adalah Byblos Castle dan juga old town.

Dari Byblos ke Telefeique untuk menaiki kereta kabel ke Harrisa.

Balik makan dan tidur

Penginapan: Talal hotel 27500 LL

Pengangkutan
Bas Beirut ke Byblos 2000 LL
Bas Byblos ke Teneferique 1000 LL
Kereta kabel ke Harrisa 9000 L
Bas dari Teneferique ke Beirut 1000 LL
Bayaran masuk ke castle 6000 LL

Makan: 10000 LL
Jumlah 46500 LL

Hari ke 5

Melawat air terjun Baatara gorge. Naik bas ke Byblos selepas tu naik teksi. Ada bayaran masuk ke sana.

Petang melawat ke Beirut Bay dan juga kawasan Hamra

Penginapan: Talal hotel 27 500 LL

Pengangkutan
Bas ke Byblos 2000 LL
Teksi ke air terjun 60000 LL
Bayaran masuk: 4000 LL

Makan 8000 LL
Jumlah 101500 LL

Hari 6

Melawat kawasan Beirut Central District cuma jalan kaki dari hostel. Jangan lupa melawat bangunan parlimen dan juga masjid Mohammad Al- Amin

Ke airport

Pengangkutan: Ke lapangan terbang 2000 LL

Jumlah 2000 LL
Jumlah keseluruhan 103500LL (690 USD)

Downtown Beirut. Ini dalah deretan kedai barangan mewah.
Beirut Souk
Balbelk Castle
Kesan tinggalan Empayar Roman di Balbelk
Kesan tinggalan Empayar Roman di Balbelk
Masjid Mohammad Al Amin

Baca lagi: Travel Ke 3 Lokasi Di Mesir, Ini ‘Trick’ Yang Kami Buat Untuk Bajet Menjimatkan