Proton baru sahaja mengumumkan ketibaan model kereta utiliti sukan SUV yang serba baharu menerusi model X90. Model ini telah diperkenalkan dengan nama rasminya Proton X90 2023.

Dengan pengumuman tersebut, sudah pasti terdapat sejumlah perubahan di samping informasi menarik berkaitan kereta Proton SUV baru ini. Jadi, kami kongsi 15 informasi menarik yang anda boleh ketahui berkenaan SUV Proton X90 serba baharu ini.

Baca Juga:

Informasi Proton X90 2023

1. Proton X90 2023 ini merupakan SUV tiga baris tempat duduk yang pertama menggunakan enjin hibrid ringan daripada syarikat itu.

2. Proton X90 merupakan model ketiga di dalam siri X Proton dan bakal ditawarkan dalam empat varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

3. Penggunaan enjin hibrid ringan pada kali ini adalah sebagai usaha Proton memasuki pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) bagi penawaran teknologi enjin hijau yang membantu mengurangkan pelepasan karbon sebagai standard baru dalam mobiliti mampan.

4. Proton X90 serba baharu ini juga adalah SUV dalam segmen-D dengan engin 1.5l TGDI bersama trenkuasa Sistem Motor Listrik Sinergi (EMS) 48V serta bateri lithium-Ion 48V menjana kuasa 190PS dan 300Nm dengan transmisi dwi-klac 7 (DCT).

5. Model X90 ini hadir dengan ruang kargo sehingga 2,050 liter sekaligus menjadikan ia lebih pratikal bagi keperluan muatan atau penumpang.

6. Antara perubahan rekaan yang dibawakan termasuklah struktur jeriji yang diinspirasikan daripada corak songket serta busur Ethereal yang telah direka semula, diikuti dengan silhoutte berotot pada bahagian sisi SUV tersebut.

10. Model ini turut dilengkapi dengan sejumlah ciri keselamatan terkini termasuklah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW) dan Sistem Informasi Papan Tanda (TSI).

11. Ruangan dalaman pula hadir dengan ciri meter LCD 10-inci digital sepenuhnya dan sistem infotainment bersaiz 12.3-inci untuk varian Flagship bagi menyerlahkan penampilan yang lebih ekslusif.

12. Kereta ini telah diuji lebih 1.2 juta kilometer dalam tempoh 36 bulan sejak ia dibangunkan.

13. Model ini hadir dengan suspensi belakang multi-link yang ditala mengikut keadaan permukaan jalan raya di negara ini.

14. Untuk kemudahan pengguna, terdapat ciri buka dan kunci automatik ketika berdekatan kereta dan juga mempunyai sistem pintu belakang berkuasa pintar yang boleh membuka pintu belakang dengan pengaktifan tanpa sentuhan.

15. Proton X90 2023 ini bakal ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu putih, kelabu, perak, coklat, merah delima dan biru laut.

Kami juga menyediakan beberapa gambar rasmi kereta SUV X90 baharu ini untuk tatapan semua. Dari segi visual, kereta SUV ini tampak ekslusif di bahagian rekaan luaran di samping lengkap dengan kemasan dalaman yang moden seperti barisan sebelum-sebelumnya.

Sumber Gambar: Proton Cars
Sumber Gambar: Proton Cars
Sumber Gambar: Proton Cars
Sumber Gambar: Proton Cars

Sama-sama kita nantikan pengumuman harga rasmi dan juga pembukaan sesi tempahan beserta harga jualan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Proton juga bakal mengadakan sesi pra-tonton untuk para pelanggan yang berminat melihat dengan lebih dekat X90 ini bermula 8 April 2023