Sebelum ini tular video di mana Bukit Bintang telah menjadi sarang pelacuran warga Afrika yang telah menarik perhatian ramai pihak.

Dan hari ini, BERNAMA melaporkan bahawa seramai 16 orang warga Afrika dipercayai melacur telah ditahan dalam satu serbuan dibuat di hotel bajet di Bukit Bintang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Netizen Kecewa Bukit Bintang Jadi Sarang Pelacuran Warga Afrika Pula

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Delhan Yahaya berkata kesemua wanita Afrika yang ditahan berusia 21 sehingga 40 tahun menawarkan perkhidmatan seks kepada pelancong dan warga tempatan pada harga RM100.

Mereka menggunakan taktik menunggu pelanggan di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang sebelum dibawa masuk ke dalam hotel bajet.

Polis mengesahkan, serbuan itu dilakukan selepas risikan selama seminggu yang dibuat.

Polis turut merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 327B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan permohonan reman akan dibuat pada hari ini.

Noor Delhan berharap orang ramai dan pengurusan hotel membantu menyalurkan informasi kepada polis sekiranya ada melihat aktiviti persundalan ini berlaku.

Sebelum ini netizen sedih melihat keadaan di beberapa jalan di sekitar Bukit Bintang yang menjadi sarang pelacuran wanita Afrika.

Lantas netizen menyeru agar pihak berkuasa segera bertindak untuk membanteras gejala tidak bermoral dan bertentangan dengan undang undang negara Malaysia.