Sebuah motosikal Honda Wave 100 yang dilaporkan hilang di Sidili, Kota Tinggi, 18 tahun lalu telah ditemui semula di Segamat baru-baru ini.
Motosikal itu ditemui dalam operasi rondaan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, lapor Berita Harian.

Baca Juga:
- ‘First Time Kami Dengar, Ada Ke Restore NOS?’ – Peminat Motosikal Tampil Beri Penjelasan
- ‘Sejarah Baru Dunia RX-Z Malaysia’ – Founder Beli Motosikal ‘Unregistered’ RM140,000
- Cik Na Berpusing Kegembiraan Dapat Lock 125z Dengan Harga Jackpot RM30K
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata seorang lelaki warga India turut ditahan kelmarin, disyaki terbabit dalam kes kecurian motosikal berkenaan.
“Suspek yang berusia 38 tahun ditahan sekitar jam 2 petang kelmarin oleh pasukan rondaan polis sekitar Balai Badang. Kes ini dipercayai dilakukan penjenayah secara bersendirian, tidak membabitkan sindiket,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Ahmad Zamry berkata, pihaknya bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut bagaimana motosikal berkenaan boleh berada di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan diserahkan kepada IPD Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.