Seramai 24 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat bermula 19 hingga 27 Disember 2023.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung di Qatar, April tahun depan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Para pemain akan melapor diri pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 di sana pada Sabtu, 23 Disember dan Selasa, 26 Disember 2023, sebelum kembali ke tanah air pada hari berikutnya.

Tiga pemain yang tidak menyertai kem latihan pusat terdahulu pada 13 hingga 21 November 2023 berada dalam senarai iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar bagi mengisi ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang tidak dapat menyertai kem kali ini kerana masalah kecederaan.

Bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2024.

Ia adalah kumpulan yang sukar dan bakal memberi cabaran getir kepada anak buah Garrido untuk memburu slot ke pusingan kalah mati. Mereka perlu mara hingga ke peringkat separuh akhir.

Hanya tiga pasukan teratas akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala tempat keempat akan ke pusingan playoff menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Ini penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepasĀ  2018 dan 2022.