Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau terlupa sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita sudah memasuki fasa kedua pada hari ini.

Secara ringkas, fasa pertama PKP telah berlangsung pada 18 hingga 31 Mac yang lalu. Kini memasuki bulan April, fasa kedua PKP yang diumumkan kerajaan sebelum ini pula akan berlangsung selama dua minggu sehingga 14 April.

Untuk memastikan objektif utama mengekang penularan wabak COVID-19 berjaya dicapai, fasa kedua PKP ini akan mengalami sedikit perubahan berbanding fasa pertama yang lalu.

Bukan sahaja diumumkan terlebih awal bagi membolehkan rakyat bersedia, namun PKP fasa kedua ini juga akan dilaksanakan mengikut beberapa peraturan baru yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini.

Berikut adalah tiga perkara yang wajib anda ambil tahu mengenai pelaksanaan PKP fasa kedua kali ini.

1. Waktu operasi premis perniagaan

Premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran dan stesen minyak hanya akan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Waktu operasi ini juga turut terpakai untuk sebarang aktiviti penghantaran seperti makanan dan kurier dimana mereka tidak dibenarkan beroperasi lebih dari waktu yang ditetapkan.

2. Pengangkutan awam

Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti tren pula, waktu operasi sektor ini akan terbahagi kepada dua sesi dan tidak akan dibuka sepanjang hari.

Sesi pertama adalah pada 6 pagi hingga 10 pagi manakala sesi kedua pula akan berlangsung dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti Grab dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Jadi jika anda mempunyai sebarang kecemasan dan tidak boleh memandu, jangan risau kerana perkhidmatan pengangkutan awam ini masih lagi berfungsi.

3. Kenderaan persendirian

Untuk mereka yang menggunakan kenderaan persendirian pula, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan peraturan ‘1 orang 1 kenderaan’. Peraturan ini sekaligus melarang pemilik kenderaan persendirian daripada membawa penumpang ketika memandu.

Selain itu, ada beberapa lagi peraturan yang turut diperkenalkan bagi menghadapai fasa kedua PKP ini seperti yang anda boleh lihat dalam ciapan yang dibuat Perdana Menteri kita ini.

Antara lain adalah tidak dibenarkan untuk beriadah di kawasan awam dan persendirian termasuk di kawasan berpagar dan penganjuran sebarang aktiviti keagamaan juga masih lagi tidak dibernarkan.

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai keperluan untuk menjalani terapi di luar seperti golongan autism dan OKU dibenarkan untuk meneruskan aktiviti mereka tetapi tidak secara berkumpulan.

Pihak kerajaan pada masa sama juga telah menetapkan harga siling bagi topeng muka kepada RM1.50 sekeping untuk fasa kedua PKP ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa sepanjang tempoh PKP ini melalui pautan di bawah.

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP

Penduduk Lari Bertempiaran Ketakutan Selepas Kena ‘Sound’ Gagal Patuhi PKP

Perdana Menteri Umum PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April

Sumber