Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia telah mewujudkan satu program penskoran dashcam yang dipanggil mereka sebagai Dashcam Safety Score Card (CamScore). Sejumlah dashcam terbaik telah diuji dan diberi skor mengikut kriteria yang ditetapkan.

Dengan skor yang disediakan, ia dijangka membantu pengguna dalam melakukan penilaian ketika pembelian. Berikut adalah lima dashcam terbaik yang menerima penarafan paling tinggi menurut penyelidikan MIROS.

Baca Juga:

1. 70Mai A500s Dashcam Pro Plus+

dashcam terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, model 70mai A500s Dashcam Pro Plus+ merupakan pilihan terbaik di bawah RM400 kerana mempunyai sejumlah ciri canggih yang tersedia pada model yang lebih premium. Menerusinya, terdapat ciri GPS dan ADAS terbina, skrin paparan, sistem pemantauan 24 jam dengan aksesori tambahan dan juga akses menerusi aplikasi.

Dashcam ini dilengkapi sensor Sony IMX355 yang mampu merakam video dengan resolusi tinggi di dalam situasi gelap atau pun cerah serta sudut pandang (FOV) yang luas. Malah, anda boleh melihat situasi semasa sama ada dari sisi hadapan atau pun belakang kerana mempunyai mod dual-channel.

Kini anda boleh dapatkan model dashcam ini pada harga serendah RM329 sahaja menerusi Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang 70Mai A500s Dashcam Pro Plus+ Di Shopee

Beli Sekarang 70Mai A500s Dashcam Pro Plus+ Di Lazada

2. 70Mai M500 Dashcam Car Recorder

dashcam terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Menerusi jenama 70mai juga, sebuah model yang diberikan penarafan lima bintang oleh MIROS iaitu M500. M500 mempunyai ciri seakan A500S tetapi dalam pakej yang lebih kompak. Antara ciri berguna yang ditawarkan adalah resolusi rakaman 2592 x 1944, mod parking, GPS, ADAS, sambungan WiFi dan banyak lagi.

Dalam pada itu, kelebihan yang terdapat pada model ini adalah sudut pandangannya yang lebih luas iaitu 170° berbanding beberapa model bajet yang lain. Ciri unik lain termasuklah kawalan menggunakan suara jadi anda boleh arahkan dashcam ini merakam video kecemasan di samping mempunyai storan tersendiri untuk menyimpan rakaman harian.

Anda boleh dapatkan 70mai M500 Dashcam Car Recorder ini dengan harga RM439 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang 70Mai M500 Dashcam Car Recorder Di Shopee

Beli Sekarang 70Mai M500 Dashcam Car Recorder Di Lazada

3. 70Mai A800S

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, 70Mai A800S merupakan produk flagship yang ditawarkan oleh jenama ini. Model A800S ini mampu merekodkan video dalam resolusi 4K dengan sudut pandangan seluas 140°. Malah, terdapat panel skrin yang membolehkan anda melihat semua rakaman video yang disimpan menerusinya.

Model ini juga dilengkapi ciri canggih seperti GPS terbina di dalamnya yang akan merekodkan data kelajuan dan lokasi serta sistem ADAS yang akan mengeluarkan bunyi pengera apabila anda terkeluar daripada laluan atau menghampiri kenderaan di hadapan terlalu laju. Selain itu, anda boleh mengakses pelbagai maklumat menerusi aplikasi dengan mudah.

Sekiranya anda berminat dengan model flagship ini, boleh dapatkan di Shopee pada harga RM549 sementara di Lazada berharga RM504 sahaja.

Beli Sekarang 70Mai A800S Di Shopee

Beli Sekarang 70Mai A800S Di Lazada

4. DDPAI X5 Pro

Sumber Gambar: Shopee

DDPAI X5 Pro ini juga berjaya menerima penarafan lima bintang oleh MIROS oleh kerana ciri yang ditawarkan sangat bagus. Dengan harga kayangan, kamera ini mampu merakam video dengan resolusi 4K dengan sudut pandangan 140°. Kelebihan kamera ini adalah berkebolehan merakam pada 90fps dalam resolusi FHD.

Selain menawarkan kamera belakang bersama, terdapat storan dalaman sebesar 32GB dan boleh ditambah menerusi slot kad sd yang tersedia. Menariknya, DDPAI juga terkenal dengan rakaman yang memasukkan UI seperti kereta lumba di dalam rakaman termasuklah kelajuan, G Force dan sebagainya seperti permainan video.

Kini anda berpeluang mendapatkan DDPAI X5 Pro ini pada harga RM1,799 di Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang DDPAI X5 Pro Di Shopee

Beli Sekarang DDPAI X5 Pro Di Lazada

5. Thinkware U1000

Sumber Gambar: Lazada

Akhir sekali, sebuah model dashcam paling mahal di dalam senarai iaitu Thinkware U1000. U1000 ini merakam video untuk sisi depan dan belakang pada resolusi tertinggi dalam pasaran. Kamera depannya merakam dalam resolusi 4K manakala kamera belakang dalam resolusi 2K QHD.

Sensor yang biasa digunakan seperti accelerometer dan GPS juga boleh ditemukan pada produk ini. Kamera ini tiada panel paparan di badannya jadi segala interaksi bersama kamera dilakukan di aplikasi telefon pintar melalui sambungan Wi-Fi.

Anda boleh mendapatkan dashcam terbaik kelauran Thinkware pada harga RM2,594 di Lazada sahaja.

Beli Sekarang Thinkware U1000 Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, 70Mai A800S merupakan kamera yang berbaloi untuk didapatkan kerana dengan harga sekitar RM500 sudah mempunyai pelbagai ciri premium menerusinya. Dalam masa yang sama, jenama 70Mai juga sudah sekian lama bertapak di Malaysia dan menjadi pilihan ramai sehingga ke hari ini.

Dengan senarai yang dikongsikan oleh MIROS ini, ia menjadi panduan terbaik buat para pengguna membuat pilihan dalam mendapatkan dashcam terbaik untuk digunakan pada kenderaan. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna boleh memanfaatkannya.

Sumber