Seiap orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan tidak lengkap jika detik-detik bersejarah dalam hidup anda tidak dirakamkan. Malah, sudah menjadi trend selepas selesai majlis bersanding akan bergambar outdoor.
Pilih lokasi untuk ‘outdoor shoot’ sangat penting kerana ia akan mempengaruhi gambar anda nanti. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hafizaquafiz telah berkongsi beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi sesi outdoor.
Sesi outdoor lazimnya tidak memakan masa yg terlalu lama. Biasanya 30-60min shj.
Buat bakal raja sehari, Ini adalah beberapa faktor yg ditimbang kira semasa memilih lokasi outdoor : pic.twitter.com/O6QctNCDCb
— Lipur Desa | Lensa Cinta (@hafizaquafiz) January 7, 2020
1. Masa
Waktu untuk keluar sesi outdoor amatlah penting. Jika sesi outdoor dibuat pada hari yang sama dengan hari majlis, pastinya waktu petang menjadi pilihan untuk sesi outdoor. Jadinya, jam 4.30 petang dan ke atas adalah waktu terbaik kerana waktu ini pencahayaan di lokasi biasanya cukup elok, on point!
2. Jarak perjalanan
Pastikan jarak perjalanan ke lokasi outdoor tidak terlalu jauh dengan lokasi majlis anda. Bimbang anda akan terlepas golden hour.
3. Kesesuaian lokasi
Lazimnya lokasi yang dipilih sesuai dengan busana yang dipakai. Contohnya, jika ditaman yang berlatarkan pohon-pohon hijau, busana berwarna hijau dilihat tidak berapa ‘kena’ kerana boleh menbuatkan subjek kelihatan ‘tenggelam’.
4. Keselamatan lokasi
Mungkin faktor ini jarang dipertimbangkan bagi sesetengah pihak, namun ianya amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sebaiknya, elakkan outdoor dilokasi terpencil dan sunyi. Elakkan juga outdoor di lokasi berbahaya seperti cerun-cerun bukit dan sebagainya.
5. Faktor cuaca
Jika cuaca baik dan cerah, tidak menjadi masalah untuk outdoor dimana sahaja. Namun jika mendung, moody dan gelap, sebaiknya pilihlah kawasan ‘open space’ bagi memudahkan anda mendapatkan gambar yang anda inginkan.
Pastikan anda pertimbangkan faktor-faktor yang diberikan ini barulah gambar sesi ‘outdoor’ anda akan awesome dan menarik. Diharap perkongsian ini membantu anda diluar sana yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Itu tip pilih lokasi, anda takut tersalah pilih jurugambar? Apa kata ketahui tip untuk pilih jurugambar pada pautan di bawah ini.Â
4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda
30 Tip Mendapatkan Majlis Perkahwinan Melayu Yang Awesome Daripada Kacamata Jurugambar
Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’