Memilih destinasi pelancongan bukanlah mudah dan pastinya terdapat beberapa faktor yang akan difikirkan. Bagi anda yang gemarkan alam semulajadi, apa kata anda berkunjung ke Flores, Indonesia.
Kalau sebut Indonesia, tempat yang menjadi tumpuan pelancong semestinya Jogjakarta, Bandung dan sebagainya. Tidak ramai yang akan menjejakkan kaki ke Flores.
Anda pasti tertanya-tanya apa yang menarik di sana bukan? Kami akan senaraikan 5 tempat anda harus terokai jika ke sana. Sudah bersedia? Mari kita mulakan.
1. Pulau Padar
Buat anda yang suka akan kehijauan pokok-pokok dan suka aktiviti mencabar, apa kata berkunjung ke Pulau Padar. Setibanya di puncak, anda akan dapat lihat kecantikan luar biasanya dan memuaskan hati anda yang mencari ketenangan.
2. Gili Lawa
Jika Pulau Padar sudah cukup cantik buat anda, anda kena datang ke Gili Lawa. Memang anda akan terpegun dengan keindahannya, terutama sekali ketika matahari terbenam. Bukan sahaja dapat melihat kecantikan alam semulajadi, anda juga akan dapat merakam moment indah untuk dikongsikan di media sosial.
3. Manta Point
Satu kerugian buat anda yang gemar menyelam ke dasar laut jika tidak berkunjung ke sini. Anda bakal dihadiahkan kecantikan dasar laut dan terumbu karang yang cukup indah. Apa yang menjadi tarikan di sini adalah anda mungkin berpeluang melihat dan berinteraksi dengan ikan Manta dan juga ikan pari raksasa.
4. Pantai Pink
Jika di Kuala Selangor ada ‘blue tears’, di sini pula ada pantai yang unik iaitu pantai berwarna merah jambu. Anda dapat melihat pantai berwarna merah jambu kerana ia terhasil daripada organisma mikroskopik ataupun dipanggil Foraminifera menghasilkan pigmen terumbu karang merah. Lalu, ia bergabung dengan pasir merah dan terhasillah pantai berwarna merah jambu.
5. Pulau Komodo
Tidak perlu diperkenalkan lagi Pulau Komodo ini. Pulau ini memang menjadi destinasi pilihan pelancong untuk melihat biawak. Kiranya tempat wajib pergilah kerana anda bukan sahaja dapat melihat haiwan eksotik, tetapi anda juga dapat berinteraksi dengan mereka secara lebih dekat.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di sana tetapi 5 tempat ini pun sudah menarik minat anda, bukan? Anda akan dihadiahkan dengan satu pengalaman yang cukup berbeza dan rugi jika anda tidak ke sini.
Apa kata baca artikel tentang percutian ke Indonesia di Vocket pada pautan di bawah ini.
Lihat Tip Dan Itinerari Penuh Ke Lake Toba,Indonesia Dengan Budget RM500
5 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Ketika Bercuti Ke Indonesia