Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, anda boleh berhibur bersama rakan sekerja untuk meningkatkan lagi kerjasama antara satu sama lain dengan menjalani teambuilding di Gamuda Cove yang terletak di Kuala Langat.

Untuk pengetahuan anda, saya bersama rakan sekerja di The Vocket telah berkesempatan ke sini untuk menjalani teambuilding dan banyak aktiviti menarik boleh dilakukan dengan harga RM138 seorang.

Artikel Berkaitan:

@mimieyuzi

Enjoy a lot ❤️ #CapCut #explorepage #foryoupage #fyp #love #fypシ゚viral #fypシ゚viral #happiness #xyzbca #gamudacove #gamudaland #wetlands #activitytodo #teambuilding

♬ Good Time – Owl City & Carly Rae Jepsen

Oleh itu, saya akan kongsikan aktiviti menarik yang telah saya cuba di sini dimana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan rakan sekerja tetapi turut menghiburkan. Jom ikuti perkongsian saya di bawah ini.

1. Goosebumps Rope Course


Memiliki 57 elemen dalam cabaran ini, Goosebumps Rope Course telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan setiap ahli pasukan perlu mengumpulkan bendera untuk mendapatkan point dengan melalui pelbagai elemen cabaran.

Anda perlu memanjat dari tempat tinggi dan juga melalui pelbagai halangan seperti melalui gelungan, menghayun tali dan banyak lagi cabaran yang pastinya akan menguji fizikal anda.

2. Paintball Target Shooting dan War Game

Paintball Target Shooting dan War Game adalah aktiviti yang baru sahaja dilancarkan. Melalui aktiviti ini, anda akan diuji kemampuan anda mengawal situasi dan merancang strategi untuk mengatasi pihak lawan di dalam ‘medan perang’.

Pastinya anda akan merasai pengalaman seperti dalam PUBG dan aktiviti akan membuatkan anda bersama rakan sekerja anda lebih bersatu hati dalam menghadapi cabaran mendatang.

3. Archery dan ATV

Ini adalah antara aktiviti yang ditawarkan dimana anda perlu memanah ke papan sasaran dan sasaran perlu tepat di bulatan tengah untuk point.

Fokus adalah kunci utama untuk aktiviti ini kerana hanya 2 percubaan dibenarkan untuk setiap orang dan pastinya ianya bukanlah mudah tetapi masih menyeronokkan.

Bagi ATV pula, anda perlu memandu kenderaan dan mencari bendera pasukan anda di trek yang disediakan. Akan tetapi, aktiviti ini adalah tambahan dan tidak termasuk dalam pakej.

4. Cove Aerobar

Anda dapat nikmati pemandangan memukau dari atas di Cove Aerobar setinggi 35 meter. Di sini, anda perlu memerhatikan kawasan sekeliling untuk mencari bendera pasukan anda agar dapat mengumpulkan point.

Secara jujur, sangat nyaman berada di atas ini sambil menikmati pemandangan sekitar Gamuda Cove dan anda juga dapat melihat taman tema Splash Mania dari sini.

5. RUD Karting

Terdapat 2 trek yang disediakan untuk pelumba-pelumba merasai sendiri pengalaman berlumba. Memang seronok sebab kelajuan go-cart ni boleh mencecah sehingga 60km/sejam.

Aktiviti ini adalah pilihan tambahan yang anda boleh cuba dimana hanya perlu tambah RM60 untuk satu sesi.

6. The Wetlands Arboretum Centre

The Wetlands Arboretum Centre adalah antara tarikan yang baru sahaja dilancarkan dimana ia santuari semulajadi untuk pemuliharaan hidupan liar dan kajian alam. Ianya bertujuan untuk melawan perubahan iklim yang menggalakkan pendidikan dan kajian kepelbagaian hidupan bio-diversiti.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah membuat sendiri kraftangan Orang Asli ketika sesi demo dan bengkel. Pastikan anda membuat pra-tempahan dahulu jika mahu ke sini.

@vocket

Aktiviti-aktiviti Gamuda Cove ni memang best! Min recommend untuk korang buat aktiviti bersama kawan-kawan & family. Eh, untuk team building pun boleh! Jangan risau, kalau korang nak jimat, boleh ambil pakej combo dengan serendah RM50. Bagi pakej team building pula, korang bole ambil pakej dengan harga serendah RM130 tau. Harga memang tak masuk akal. Nak tahu lebih details, boleh tengok di glplay.com.my P/S: Boleh ambil sayur & ulam-ulaman di Wetlands Arbobretum Centre. #vocket #vocketreview #WetlandsDiscoveryDay

♬ original sound – vocket – vocket

Menarik kan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh Gamuda Cove ini? Jika anda mahu anjurkan teambuilding anda di sini, bolehlah lawati laman sesawang ini untuk maklumat lanjut.

Sebelum terlupa, pakej teambuilding yang ditawarkan sudah termasuk makanan tengahari, air mineral, sijil dan juga tempat private untuk anda.