Situasi Liga Super Malaysia kini dalam keadaan membimbangkan apabila terdapat enam pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji.

Masalah tunggakan gaji bukanlah perkara baharu di dalam Liga Malaysia. Namun situasi ini kini dianggap semakin membarah.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Ianya meletakkan Liga Super dalam situasi yang sukar untuk mengekalkan prestijnya.

Sumber Harian Metro turut menyebut bahawa daripada enam pasukan itu, tiga daripadanya boleh dianggap pasukan gergasi juga diibaratkan sedang menunggu rebah kerana masalah tunggakan gaji kerana masih gagal melangsaikan hutang gaji pemain mencecah empat bulan.

Sebuah pasukan digambarkan sebagai sangat gah di luaran. Hakikatnya, mereka juga ada masalah tunggakan gaji yang kritikal.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah.

Dia juga simpati dengan pasukan pasukan ini kerana kerajaan negeri sudah tidak mahu lagi membantu mereka menyelesaikan tunggakan gaji.

Effendi menjelaskan: “Jika pasukan itu beraksi tanpa membayar gaji pemain mungkin pasukan Liga Super itu boleh bertahan hingga penghujung liga. Namun, kasihan pemain kerana mereka terpaksa beraksi demi gaji dan juga mahu menyara keluarga.

“Apa yang boleh dilakukan adalah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lakukan penilaian semula membabitkan keupayaan kelab untuk beraksi.

“Paling penting adalah melihat mengapa Kerajaan Negeri tidak mahu lagi membantu pasukan Liga Super yang mengalami tunggakan gaji ini,” kata beliau kepada Arena Metro.