Sekarang kita berada di dalam musim hujan lebat yang mana sebahagian tempat bakal terjejas ekoran banjir. Salah satu aksesori yang wajib disediakan adalah powerbank berkualiti yang mampu mengecas peranti walau di mana-mana sahaja.

Dengan lambakan pelbagai model powerbank di luar sana, pasti anda sedang rungsing dalam pemilihan powerbank yang bersesuaian mengikut keperluan masing-masing. Jadi, kami kongsikan enam powerbank berkualiti yang patut didapatkan untuk persiapan menghadapi banjir pada masa kelak.

Baca Juga:

1. realme PowerBank 2

powerbank berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Pilihan pertama yang anda boleh pertimbangkan adalah realme PowerBank 2 kerana sangatlah berbaloi. realme Powerbank 2 didatangkan dengan kapasiti 10,000mAh bersama sokongan 18W Quick Charge dan juga dua port yang membolehkan pengecasan pantas dua peranti sekaligus menerusinya.

Dari segi rekaan, realme memilih untuk menampilkan ciri kompak dan nipis yang menjadikan pengecasan seharian atau sewaktu banjir lebih mudah. Malah, terdapat 13 lapisan perlindungan litar bukan sahaja untuk menjamin keselamtan pengguna sahaja bahkan dapat menggelakkan isu pada peranti yang dicas.

Anda boleh dapatkan powerbank ini di Shopee atau Lazadapada harga serendah RM49.90 sahaja.

Beli Sekarang realme PowerBank 2 Di Shopee

Beli Sekarang realme PowerBank 2 Di Lazada

2. Xiaomi Mi Powerbank 3

powerbank berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang orang ramai gunakan juga adalah Xiaomi Mi Powerbank 3. Bukan hanya menampilkan rekaan yang minimalis, bahkan boleh mengecas dua peranti sekaligus dengan pengecasan pantas 18W. Dengan kapasiti 10,000mAh, anda boleh mengecas beberapa peranti dengan mudah di dalam seharian.

Malah, anda boleh mengecas penuh Mi Powerbank ini dengan pantas kerana menyokong pengecasan pantas. Untuk memudahkan anda melihat tahap kuasa powerbank, ia hadir dengan lampu LED sebagai penunjuk. Selain itu, generasi kali ini juga telah dinaik taraf ciri keselamatan litar di dalamnya untuk menjamin keselamatan sepanjang penggunaan.

Sekiranya anda berminat dengan Xiaomi Mi Powerbank 3 ini, boleh dapatkan di Shopee di pada harga RM74.50 atau di Lazada berharga RM54.90.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Powerbank 3 Di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Mi Powerbank 3 Di Lazada

3. PINENG PN-962 PD

powerbank berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Jenama terkemuka, PINENG kini sedia menawarkan sebuah powerbank yang padu dengan harga mampu milik. Model ini hadir dengan kapasiti 20,000 mAh bersama tiga output yang menyokong Quick Charge 3.0. Saiznya juga agak besar dan lebih sesuai dimuatkan di dalam beg untuk mengecas beberapa peranti menerusinya.

Malah, terdapat paparan skrin LED yang akan memaparkan tahap bateri powerbank bersama status arus elektrik output dan input yang sedang digunakan. Bercakap mengenai keselamatan, ia dilengkapi dengan teknologi pengecasan terkini yang dapat memastikan setiap pengecasan adalah selamat dan efisien.

Kini anda boleh dapatkan powerbank berkualiti ini pada harga RM81 di Shopee atau di Lazada sekitar RM40.80 sahaja.

Beli Sekarang PINENG PN-962 PDP Di Shopee

Beli Sekarang PINENG PN-962 PDP Di Lazada

4. Mcdodo MC-864

powerbank berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Anda juga boleh pertimbangkan model MC-864 yang turut hadir dengan pengecasan pantas secara berwayar mahu pun wireless. Rekaan yang kompak menjadikan powerbank ini sangatlah mudah untuk dibawa sewaktu pengecasan peranti. Kepantasan pengecasan untuk wayar mencecah 20W dan secara wireless sekitar 18W.

Untuk memastikan peranti yang dicas menerusi wireless sentiasa dijamin keselamatannya, pihak Mcdodo meletakkan magnet yang kuat pada bahagian badan powerbank tersebut. Di samping itu, kapasti sebesar 10,000 mAh boleh menyokong pengecasan beberapa peranti dalam satu-satu masa.

Model MC-864 ini sedia ditawarkan pada harga RM118 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM119.

Beli Sekarang Mcdodo MC-864 Di Shopee

Beli Sekarang Mcdodo MC-864 Di Lazada

5. Huawei Super Charge AP09S

Sumber Gambar: Shopee

Huawei Super Charge AP09S ini juga sedia memenuhi keperluan pengecasan peranti anda pada setiap masa. Huawei Super Charge AP90Q ini membenarkan pengguna mengecas peranti dalam masa singkat kerana mempunyai pengecasan SuperCharge Selain itu, ia direka bersaiz kecil serta minimalis untuk tujuan penyimpanan yang mudah.

Kapasiti 10,000 mAh ini boleh dicas penuh semula hanya dari 2.5 jam menerusi port fast charging di mana ciri ini tidak ditawarkan pada sebahagian powerbank di pasaran. Ciri keselamatan turut menjadi prioriti utama oleh Huawei dengan pelbagai jenis perlindungan seperti kawalan suhu bateri, perlindungan litar, keselamatan pengecasan berlebihan dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan model Huawei Super Charge AP09S ini pada harga RM125 di Shope atau di Lazada berharga RM135.10 sahaja.

Beli Sekarang Huawei Super Charge AP09S Di Shopee

Beli Sekarang Huawei Super Charge AP09S Di Lazada

6. Aukey PB-WL02 Fast Charging Powerbank

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, model Aukey PD Fast Charging Powerbank ini juga menjadi rebutan ramai oleh kerana kualiti binaan yang baik serta fungsi menarik yang dimuatkan. Selain menyokong Quick Charge 3.0 menerusi kabel pengecas, ia juga hadir dengan pengecasan secara wireless yang boleh digunakan oleh peranti.

Rekaan yang kompak juga memudahkan anda menyimpan di poket atau ruang kecil beg yang disandang. Di samping itu, anda juga boleh mengecas penuh semula powerbank yang berkapasiti 10,000mAh ini dengan pantas. Seperti jenama lain, model ini juga hadir dengan ciri keselamatan yang terkini dalam menjamin penggunaan menerusinya.

Kini anda boleh dapatkan powerbank berkualiti keluaran Aukey pada harga RM189 di Shopee sementara di Lazada berharga RM129.

Beli Sekarang Aukey PB-WL02 Fast Charging Powerbank Di Shopee

Beli Sekarang Aukey PB-WL02 Fast Charging Powerbank Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, model Huawei Super Charge AP09S ini dapat memberikan pulangan yang berbaloi kerana mempunyai teknologi pengecasan pantas untuk peranti dan juga hadir dengan rekaan yang kompak. Anda juga boleh mengecas dua peranti sekaligus dalam masa singkat tanpa perlu memegang powerbank terlalu lama.

Setiap model yang disenaraikan ini mempunyai perbezaan kapasiti serta fungsi yang ditawarkan menerusinya. Jadi, anda boleh buat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Malah, dengan memiliki powerbank juga boleh menjadi sumber tenaga sementara di waktu kecemasan seperti banjir dan seumpamanya.

Sumber