Ketua pasukan KL City, Paulo Josue membuat pendedahan dimana beliau beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25 tanpa menerima sebarang gaji dan perkara ini nyata mengejutkan ramai pihak.
Menurut pemain naturalisasi itu, kali terakhir beliau menerima gaji ialah pada bulan Disember tahun lalu dan bukan beliau saja yang berdepan dengan kesukaran dimana rakan sepasukan turut berdepan isu sama.
Baca Juga:
- Liga Super Di Tangga Ke-18 Terbaik Di Rantau Asia
- Selangor Sedia Heret Kes MFL Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
- Piala FA: Selangor Singkir Kuching City Dengan 9 Pemain
“Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi terbabit tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar pada Disember tahun lalu.
“Ada yang mengatakan KL City hanya berhutang dua bulan saja. Itu adalah bohong dan boleh berjumpa atau bertanya saya untuk dapatkan kepastian.
“Tanyalah pemain lain sama ada gaji mereka dibayar penuh. Saya rasa perkara itu tidak berlaku,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Melihat kepada situsai yang berlaku, penghijrahan besar-besaran mungkin berlaku pada jendela perpindahan kedua musim ini dan ada beberapa tonggak utama kL City yang mungkin disambar oleh pasukan lain dalam saingan Liga Super.
Sebagai salah satu pemain senior dalam pasukan dan juga Liga Malaysia, Josue sendiri mampu untuk menarik minat pasukan lain dimana pemain kelahiran Brazil ini mempunyai teknik situasi bola mati serta mampu untuk beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan.
KL City turut mempunyai pemain senior lain seperti Brendan Gan, Mahali Jasuli, J.Partiban dan Kenny Pallraj yang dilihat masih relevan untuk beraksi dalam saingan Liga Super.
Selain itu, dua pemain muda yang pernah beraksi bersama skuad senior iaitu Haqimi Azim dan juga Azri Ghani bakal menjadi rebutan sekiranya masalah gaji masih membelenggu pasukan.