Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu telah disahkan mangkat pada usia 96 tahun. Malah, beliau telah menempuh pelbagai siri sejarah dan melihat pelbagai perubahan dalam tampuk pemerintahan serta memegang rekod sebagai ratu paling lama memerintah.

Sepanjang tempoh pemerintahannya, Ratu Elizabeth II melakar banyak rekod sejarah dan dikenali sebagai individu yang anggun serta menyokong perdamaian dunia.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, beliau tidak mempunyai pasport kerana menjadi individu yang mengeluarkan dokumen tersebut. Tidak hanya itu, Ratu Elizabeth II juga tidak memiliki lesen memandu dan tidak mengikuti ujian untuk mendapatkan lesen.

Atas alasan yang sama, Ratu Elizabeth II tidak memiliki kedua-dua dokumen tersebut dan itu adalah hak istimewa yang kebiasaanya dipegang oleh penguasa monarki.

Sejurus selepas kematian ratu, Putera Charles iaitu anak sulung permaisuri dengan mendiang Putera Philip, secara automatik menjadi raja, manakala isterinya, Camilla, akan menjadi permaisuri.

Sumber