Sebagai pengguna yang bijak, kita disarankan untuk mengambil pinjaman kereta dalam tempoh yang pendek. Lebih singkat, lebih baik agar kereta menjadi hak milik kita dan juga boleh menggurangkan bebanan komitmen bulanan.
Menurut AmInvestment Bank, kira-kira 80 peratus pembeli kereta Proton dan Perodua memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, malah ada antaranya yang melanjutkan lagi tempoh jika dibenarkan berbuat demikian
Baca Juga:
- Lelaki Beli Rumah RM35,000 Dengan Bayaran RM200 Sebulan, Tapi Pelik ‘Loan’ Belum Selesai
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Buat ‘Loan’ RM200,000 Untuk Ibu Bapa Buat Rumah, Pekerja Kerajaan Runsing Bakal Diisytihar Bankrap
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta Proton dan Perodua menjadi pilihan utama kepada demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah.
Malah, katanya bagi segmen masyarakat ini, kenderaan sedemikian bukan hanya sekadar barangan kehendak, sebaliknya barangan keperluan pengguna.
“Perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka adalah bayaran ansuran bulanan. Baki keseimbangan kewangan mereka adalah kadar faedah sedia ada.
“Rakyat biasa memantau dengan rapat OPR (Kadar Dasar Semalaman) memandangkan keadaan kewangan mereka adalah sejajar dengannya. Ia adalah antara faktor yang tidak boleh terlepas pandang oleh kerajaan sekarang.
“Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar OPR tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu,” katanya.
AmInvestment Bank berkata, permohonan dan kelulusan untuk pinjaman kereta ketika ini mengekalkan kadar yang kukuh, terutamanya untuk model Myvi.
Katanya, permintaan untuk kenderaan ini sangat tinggi dengan penghantaran yang tertunggak kembali menjangkau ke tahun sebelumnya.
Hal ini disebabkan pembeli tergesa-gesa untuk membeli didorong oleh keperluan dan kebimbangan yang berlanjutan terhadap potensi kenaikan seterusnya OPR, yang akan meningkatkan kos pemilikan kereta.
Firma penyelidikan itu berkata, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi ketika ini dan tidak menunjukkan ia terkesan.
Katanya, hal ini kerana pada pertengahan 2023, beberapa pengeluar menghadapi masalah rantaian bekalan, mengakibatkan pengeluaran yang lebih rendah, sekali gus menyebabkan permintaan yang berlebihan ke dalam segmen kereta terpakai.
“Jualan adalah kukuh, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta mampu milik, terutamanya buatan Jepun dan domestik.
“Malah, trend ketika ini juga menunjukkan pembeli mengelak pembelian kereta dengan kapasiti enjin yang besar. Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi bahan api,” katanya.