Beberapa minggu lalu, seorang pemengaruh media sosial dan usahawan muda, Andika Putera ada buat kejutan kepada netizen apabila beliau akui mempunyai mimpi mahu membeli Menara Tun Razak Exchange (TRX), agak-agak berapa harga menara ini?
Netizen menyatakan bahawa impiannya kedengaran tak masuk akal.
Memilih untuk memandang isu tersebut dari sudut berbeza, seorang pemengaruh media sosial Zarif Azrie tampil membuat kira-kira, agak-agaknya berapa yang diperlukan Andika untuk membeli Menara TRX?
TRX Tower atau Menara Tun Razak Exchange yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ini siap dibina pada tahun 2019.
Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion.
Dengan ketinggian 492 meter, ia merupakan salah satu bangunan tertinggi di Asia.
Pemilik TRX ialah Mulia Property Development, anak syarikat kepada Mulia Group yang berpangkalan di Indonesia yang terkenal dengan projek-projek perumahan mewah, resort, dan banyak lagi.
Melalui perkongsian Zarif, jika nilai hartanah TRX Tower naik sekitar 8% setiap tahun, pada tahun 2024, harganya akan mencecah hampir RM5 bilion.
Tapi Andika tak nak beli sekarang—dia bercadang nak beli 10 tahun lagi, pada tahun 2034, agak-agak berapa nilai bangunan ini pada masa itu?
Dengan andaian kenaikan 8% setahun, pada tahun 2034, harga menara TRX Tower dijangka naik kepada RM10.79 bilion.
Tapi harga ini belum muktamad lagi.
Nak beli sebuah bangunan besar seperti TRX Tower bukan sekadar tengok nilai bangunan sahaja.
Ada kos lain yang perlu dipertimbangkan.
Kos macam duti setem, kos guaman, dan kos-kos tambahan untuk dapatkan bangunan sebesar ini boleh mencecah sekitar RM500 juta.
Jadi, kita boleh anggarkan kos keseluruhan pembelian sekitar RM10.8 bilion.
Sekarang, untuk membeli bangunan ini, berapa nilai bersih yang dia perlukan? Biasanya, untuk proses pembelian banggunan memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali daripada nilai aset yang nak dibeli.
Jadi, Andika perlukan antara RM40 bilion hingga RM62 bilion untuk melancarkan proses pembelian TRX Tower ini.
Angka ni mungkin kedengaran macam tak masuk akal, tapi itulah realiti bila bercakap pasal hartanah mega.
Impian besar datang dengan yang kos besar.
Walaupun angka-angka ini nampak macam tak masuk akal, impian Andika ini sebenarnya menunjukkan bahawa dia sebenarnya berani berimpian.
Kebanyakan orang berjaya dalam dunia ni semuanya bermula dengan impian besar—dan mereka berani mengejarnya.